Jom Klik-Klik

Wednesday, September 24, 2014

Peristiwa Bayi dan Kanak-Kanak di Serang Haiwan


Tioman: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah selepas digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja Berjaya Resort, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Kejadian itu disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawa mangsa ke Klinik Desa Kampung Tekek namun dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu malam tadi di pondok polis Kampung Tekek.

Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.Beliau berkata, kes berkenaan adalah kali pertama dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.

Thursday, September 18, 2014

Arjuna Beta

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Kasih seorang ibu terhadap anaknya.. walau apa jua rintangan di hadapan akan tetap di tempuhi. Walau tinggi melangit dugaan walau seluas lautan rintangan..kasih ibu tiada galang gantinya..kasih ibu tetap akan teguh di hati demi anak tersayang.. moga anak2 tahu perasaan seorang ibu terhadap anak nya.. Syukur Ya Rabb kerana telah mengurniakan ku anak2 yang cukup sempurna bagi diriku.. 

Nurul Batrisyia, Nurul Alisya, Muhammad Muadz &Muhammad Mueez
Mama Love All Of You So Much...

Friday, August 29, 2014

Datuk Ramli Ms : Hak Peribadi Saya !

Kuala Lumpur: “Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?”
Datuk Ramli MS
Datuk Ramli MS
Itu maklum balas pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS selepas rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam kerana dia disyaki berkhalwat dengan penyanyi Alyah. 

Amaran : Gambar Ngeri Muka Tertusuk Besi

Beijing: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya.


Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya.

Thursday, August 28, 2014

Datuk Ramli Ms dan Alyah Sudah Nikah

Datuk Ramli Ms dan Alyah
Datuk Ramli MS dan Alyah
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

wahhhhhh cerita artis nih..hehehe dah macam mak jemah pulak.. okeyy dapat tahu pasal dua pasangan nih yang dulu bila wartawan tanya takde plak nak mengaku bagai kannnnn.. tapi bila dah kena siasat cam nih kan ker haruuuuu... 

Artis yang kasutmerah maksudkan ialah Alyah dan Datuk Ramli MS.. tak faham lah artis nih kenapa benda baik nak sorok? Bukan dalam Islam ada bagi tau part kawin ni kena war war kan... ye lah kalau peminat tahu kan banyak yang mendoakan kebahagian.. kan kan kan... hehehe jom layan kisah dia orang..

Wednesday, August 27, 2014

Maut Dipatuk Kepala Tedung

 Guangzhou: Seorang chef mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia berkenaan dipisahkan dari badannya untuk dimasak.
Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng Fan dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedung. Restoran berkenaan memang dikenali ramai kerana menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging ular tedung Indochina.
Media semalam melaporkan, Peng bercadang membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah apabila dia dipatuk. Sumber berkata, badan ular itu biasanya dimasak sup manakala kepalanya dibuang begitu saja. Ia adalah hidangan popular di Guangdong dan banyak ditawarkan di restoran mewah wilayah berkenaan.
Pelanggan restoran itu, Lin Sun, 44, berkata, dia datang bersama isterinya ke restoran berkenaan untuk meraikan hari lahir apabila tiba-tiba suasana menjadi kecoh.
“Kami tidak mengetahui apa yang berlaku, tetapi dapat mendengar jeritan dari dapur. “Kami nampak pekerja restoran menghubungi doktor. “Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Selepas mendengar berita itu, dia dan isterinya segera meninggalkan restoran berkenaan. Mangsa patukan ular tedung Indochina biasanya mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.
urucakap polis berkata, ia adalah kes luar biasa tetapi dikategorikan sebagai kemalangan.
“Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng. “Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu, namun ia tidak sempat diberikan. Ia memang tragik,” katanya.
Pakar ular, Yang Hong-chang berkata, menyatakan semua reptilia boleh hidup sehingga satu jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.
“Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah. “Apabila kepala ular dipotong, sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan ia mampu mematuk,” katanya. - Agensi

Gelung Besi Terlekat Pada Alat Sulit

KOTA BHARU - Malang bagi seorang lelaki berusia 23, tahun apabila tindakannya memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di  Kampung Dewan Beta, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit dikatakan  memasukkan gelung besi berkenaan ke bahagian kemaluannya selepas terjumpa besi berkenaan tidak jauh dari rumahnya .

Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Dia terpaksa meminta bantuan bapanya yang membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 3 pagi.

Monday, August 25, 2014

Kisah Cinta Sejati Pembantu Juruterbang MH17.

Allahyarham Ahmad Hakimi
Allahyarham Ahmad Hakimi
Kami terharu membaca kisah ini, memahami bagaimana dalamnya kasih seorang suami dan ayah. Ahmad Hakimi Hanapi seorang pembantu juruterbang MH17 yang terkorban, seorang suami dan ayah yang baik, dan berikut adalah cerita yang disampaikan oleh isterinya.

Friday, August 22, 2014

Gambar Sekitar Hari Perkabungan MH17

#mh17

#mh17

#mh17







MH17 Linangan Air Mata Mengiringi Jenazah

SEPANG: Linangan air mata pramugara dan pramugari MAS menghiasi suasana sedih dan pilu di hadapan pintu keluar Kompleks Bunga Raya KLIA di sini sebaik jenazah mangsa dibawa keluar oleh kenderaan khas menuju lokasi pengebumian dan persemadian.
Saat sedih itu jelas tergambar di rauh wajah mereka, apatah lagi sebahagiannya sudah berkumpul di hadapan kompleks itu seawal jam 9.15 pagi bagi menzahirkan rasa simpati buat rakan-rakannya yang terkorban dalam nahas tragik MH17 di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Alfatihah #MH17

MH17
Alfatihah dan takziah kepada keluaga MH17.. tabahlah dalam menghadapi ujian Allah.. sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Nya jugaklah kita kembali..
Putrajaya: Solat jenazah hadir dan ghaib bagi mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang beragama Islam akan dilakukan serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah beragama Islam untuk disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengebumian.

Thursday, August 21, 2014

Budak tangan Gergasi

budak tangan gergasi
budak tangan gergasi
India: Seorang budak membingungkan doktor di India apabila tangannya membesar seperti tangan gergasi.
Tangan Kaleem, lapan, setiap satu seberat lapan kilogram dan berukuran 13 inci dari pangkal tapak tangan hingga ke hujung jari hantunya.
Kerana keadaan tangannya itu, Kaleem tidak dapat melakukan banyak perkara asas, termasuk mengikat tali kasut dan sering dibuli serta dipinggirkan rakan sebaya.
“Saya tidak ke sekolah kerana guru berkata, murid lain takut melihat tangan saya. Saya dibuli kerana kecacatan saya. Ada yang memukul saya. “Saya sukar memakai baju, membutangnya dan juga memakai seluar. Tetapi saya tidak mahu doktor membedah tangan saya, kecuali ketika saya tidak sedar,” katanya.

Budak Lelaki 4 Tahun Maut Terperangkap 8 jam Dalam Kereta Bapa

Kuala Nerang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kereta bapanya lebih lapan jam di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini, hari ini.
Kejadian bermula kira-kira 7.30 pagi apabila mangsa Muhammad Aqil Arfan Adnan dikatakan tidur dalam kereta ketika bapa menghantar ibu mangsa yang berkhidmat sebagai guru di SMK Syed Ahmad di sini. 

Monday, August 18, 2014

Bawalah Pulang Mangsa MH17 Walau Hanya Cebisan

MH17
AETI mengesat air mata ketika menatap wajah rakannya Azrina ketika melawat ruang memorial mangsa MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, pagi semalam.
“Sebaik-baiknya bawalah pulang mayat mangsa dan anak kapal MH17 (warga Malaysia) ke tanah air walaupun hanya sebelah kaki atau sehelai rambut,” kata pramugari MAS Alyza Hanum Daum.
Dia ditemui wartawan Harian Metro ketika melawat ruang memorial menempatkan ribuan anak patung dan bunga sebagai simbolik simpati ahli keluarga dan rakan terhadap mangsa MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini, pagi semalam.

Friday, August 15, 2014

Bunuh Pegawai Ambank: Pembunuh Dihukum Mati, Minta Maaf Pada Keluarga Mangsa

La Ode
Pembunuh Norazita
SHAH ALAM – Pengawal keselamatan warga Indonesia dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh kakitangan Ambank, Norazitta Abu Talib, 37, di Subang Jaya, tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir terhadap La Ode Ardi Rasila, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.

Pekerja Bank Songlap Duit Penumpang MH370


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditahan semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.

Thursday, August 14, 2014

Adam Rujuk Fiza Kembali Bersama

Adam dan Fiza
Adam dan Fiza
Alhamdulillah hubungan yang putus telah kembali terjalin semula dan yang manis nya ia terlah bertaut semula pada bulan Ramadan yang lepas.. semoga jodoh Fiza dan Adam kekal bahagia hingga ke jannah..

Kuala Lumpur: “Tiba-tiba masa sahur dia lafazkan mahu rujuk semula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung,” luah pelakon Fiza Halim mengenai kehidupan barunya yang kembali bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF sejak 17 Julai lalu.
Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, perkara itu adalah keputusan yang mengejutkan dan tidak dijangka sama sekali. 

Tuesday, August 12, 2014

Jaclyn Victor Sudah Berkahwin

Jaclyn victor
JaclynVictor dan Rivera
Kuala Lumpur: Penyanyi Jaclyn Victor mengumumkan sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera pada 19 Julai lalu.
Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, mendedahkan berita itu dan sekaligus memperkenalkan suaminya kepada media pada sebuah majlis di Istana Budaya di sini, sebentar tadi. 

Pekerja Ditemui Mati Dalam Bilik Chalet


Dungun: Seorang pekerja chalet ditemui mati dalam keadaan terlentang di dalam bilik sebuah chalet di Pantai Peranginan Rantau Abang, di sini, 8 malam tadi.
Mangsa yang bertugas sebagai pengemas bilik, Rosli Mat Rawi, 48, berasal dari Rawang, Selangor ditemui seorang penghuni yang tinggal bersebelahan tempat tinggalnya dalam keadaan tidak sedarkan diri. 
Penghuni terbabit, Mohd Ar Razak Mohd Zain, 28, berkata, dia yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan rumah rimbunan kasih menyewa di chalet itu sejak dua bulan lalu. 

Katanya, sejak menyewa di situ dia mengenali arwah sebagai seorang yang amat baik dan mudah mesra selain sering menemaninya makan.

Friday, August 8, 2014

Kempen Boikot McDonald's Menjadi

Assalammualaikum dan salam sejahterah..

Uhuukkk.....Uhuuukkk... cammmm sunyi jerrrrrrrrr.....fuhhh berhabuk...., fuhhhh bersawang.... blog kasutmerah nih.. ye lah 2 minggu cuti 2 minggu jugaklah kasutmerah dan keluarga raya sakan balik kampung dan 2 minggu jugaklah blog kasutmerah tak berhuppppdate.. Now i'm back..!! perrrgghhh..hehehe la ni baru masuk ofis.. puas hati,puas cuti, puas raya, puas makan,puas berjalan dan macam2 puas lah balik kampung nih..arini berkesempatanlah hupdate sikit blog ni yer..kempen boikot Mcdonald's hari ni betul2 menjadi.. tak caya..??? sukati kaulah.. masa lunch tadi saje lalu kat Mcdonald's kat bangunan Mara.. hah betul2 sunyiiii... kalau tak huh line kat kaunter tu panjang sokmo time lunch hour..meh baca lagi...

Wednesday, July 23, 2014

Scha Al-Yahya Selamat Lahirkan Anak Perempuan

scha al-yahya
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Taniah diucapkan kepada Awal dan Scha kerana sebentar tadi Awal telah menaikmuat status dimana Scha telah selamat melahirkan baby girl seberat 3.17kg pada 22 Julai 2014 bersamaan dengan 24 Ramadan .. wahhh sihat nya tapi tengok Scha tak berapa besar pulak time pregnant...Difahamkan baby dan Scha di dalam keadaan yang sihat.. Alhamdulillah...

Bayi sembilan bulan , ibu maut kemalangan

wajah bayi dan ibu ketika hayat
KUALA KUBU BHARU - “Saya sempat pegang-pegang, usap cucu sambil sembang dengan bapanya masa jumpa di pakir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum berurusan di kaunter.

“Tapi tak sampai setengah jam saya terima panggilan seorang lelaki menggunakan telefon anak saya mengatakan mereka terbabit kemalangan dan cucu saya meninggal dunia,” kata Mohamad Ibrahim, 70, bapa mangsa kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan di Jalan Ampang Pecah kira-kira jam 4 petang semalam.

Sejurus itu, Mohamad bergegas ke lokasi kejadian berdekatan selekoh menuju Darul Quran, Jakim, dekat sini dan mendapati menantunya, Helizam Ali Nafiah, 27, yang tersepit di tempat duduk pemandu sedang diselamatkan.

Manakala, anaknya Farah Natasha Mohamad, 27, dan cucunya, Nurul Hannan, 9 bulan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Belum reda dengan berita itu, Mohamad sekali lagi dikejutkan apabila anak tunggal daripada isteri keduanya itu disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di wad kecemasan.

Difahamkan, Helizam mengalami kecederaan parah di mana patah kedua-dua belah kaki dan kini sedang dirawat di Hospital Selayang.

p/s: alfatihah.

Tuesday, July 22, 2014

Persiapan Hari Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Apakhabar rakan-rakan blogger..? Ada yang dah start balik kampung ke mana yang dari Sabah/Sarawak..? ke ada lagi barang yang tak cukup untuk raya.. kasut, baju, tudung, biskut, langsir... waaaaa banyak nya benda..macam kasutmerah pulak so far barang-barang persiapan untuk anak semua dah setel..baju kurung, baju dress FROZEN, beg FROZEN dan kasut pun ala-ala princess FROZEN..yesss TEMA anak kasutmerah tahun ni ialah FROZEN.. hah ambik...nak sangat FROZEN kan...!!
Persiapan En.Suami pun dah setel yang tak setel-setel lagi barang persiapan kasutmerah..hari-hari pegi jalan TAR tapi masih jugak tak setel lagi..alahhhh hari-hari pegi jalan TAR tu tengok barang cuci mata je.. saja nak menambah bilangan orang kat jalan TAR.. hehehe..
Minggu lepas keluarga kasutmerah datang dan menginap di hotel kat Jalan TAR.. yang terkejutnya pukul 3, 4 pagi orang masih ramai membeli belah macam baru pukul 9, 10 malam.. aiii yang terkejutnya budak kecik pun masih bangun ikut mak pak berjalan.. wahhhh..hebat.. tapi dalam kita membeli belah tu beringat-ingatlah jangan sampai membazir.. peringatan untuk diri sendiri jugak..dah yang paling penting keselamatan. 

Ye keselamatan anak-anak kecil kita.. dan jugak beg tangan.. tapi tahun ni taniah kepada pegawai Polis, Rela dan pegawai DBKL yang sentiasa ada dalam memastikan tiada masalah seperti kecurian, anak hilang dan macam-macam lagi boleh berlaku ketika bersesak-sesak di Jalan TAR. Dimana ada je pegawai Polis/Rela/DBKL meronda jadi rasa selamatlah sikit ye lah dalam bersesak macam-macam boleh berlaku.. bukan setakat di jalan TAR di mall pun sama hebatnya orang bersesak.. yang dah buat persiapan awal tu untung lerrrrrrr....

Okey, nanti kasutmerah sambung lagi cerita persiapan hari raya ye.. lace baju kurung anak in making by kasutmerah sendiri yeeerr.. nanti kita cite.. salam.. xoxo...

Friday, July 18, 2014

Terkini Satu Keluarga Mangsa MH17 Dari Kuching, Sarawak

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kasutmerah di fahamkan tragedi malang MH17 yang telah berlaku dimana satu keluarga iaitu suami isteri dan empat orang anak yang berasal dari Kuching, Sarawak berada di dalam pesawat tersebut. 

Enam sekeluarga, anak beranak dari Kuching itu dikatakan berada dalam pesawat MH17 dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menetap di Kazakhstan selama dua tahun.. Dan ini disahkan oleh ahli keluarga mangsa di Twitter.

"Hari ini adalah hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia" #MH17

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika mengadakan sidang media khas berhubung insiden pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine. 
SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Bangunan Pengurusan Penerbangan (FMB) Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk mendapatkan perkembangan terkini insiden pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.
Beliau tiba di bangunan terbabit kira-kira jam 1.20 pagi untuk mendengar taklimat berhubung kejadian tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia mendoakan semua penumpang dan kru pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

"Hari ini adalah 'hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia', saya tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku," katanya. 

Tersalah Tembak Pesawat MH17


Asslammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini Malaysia dan rakyat Malaysia melalui satu lagi episod yang sedih dimana pewasat MAS telah di ditembak. 
MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. 

Thursday, July 17, 2014

Hidup Tanpa Wang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam punya cerita #CDM25 masih hangat di perkatakan di media sosial hingga ke harini.. sampaikan ada yang sanggup memalam buta ambik gambo rumah dan gambo kereta cik kak ni.. serius ni dah tahap melampau.. seram wwwoooo orang dok hendap tengok rumah memalam buta.. tak takut kena ketok guna pengunci stereng ker..ish ish ish.. udah-udah ler tu..cik kak tu pun dah minta maaf walaupuuuuunnnnn... banyak yang beranggapan cik kak ni tak ikhlas bila minta maaf tapi takpelah biarlah dia ikhlas ke tak hanya Allah je yang maha mengetahui..kepada keyboard warrior dan haters tu dah-dah lah hentam cik kak tu.. baik kita beramal tambah pahala di bulan Ramadan ni ye...ni bukan nak tunjuk baik tapi cuma pandangan 25 sen saya je...

Okey berbalik kepada tajuk kat atas.. boleh ker hidup tanpa wang. Selalu kita cakap nak buang air kecik pun pakai wang.. yelah nak masuk tandas pun 50 sen.. tapi seorang wanita ni membuktikan boleh hidup tanpa wang.. yesss boleh hidup tanpa wang.. macam mana caranya jom sambung baca:

Wednesday, July 16, 2014

"Uncle Sudah Maafkan Dia"

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Nampaknya uncle yang kena marah ketika melanggar kereta #CDM25 tu sudi dan sudah memaafkan dia.. Baik sungguh hati uncle ni walaupun telah di nasihatkan untuk membuat laporan terhadap wanita tersebut uncle tersebut tetap enggan.. meh sambung baca :

Padah Naik Hantu CDM25

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.

Luahan Hati Anak Lelaki Uncle Yang Langgar Peugeot CDM 25



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Waaahhhh pagi-pagi tengok je berita heboh satu Malaysia pasal sorang pompuan nih kereta.. kenapalah garang sangat.. tak kesian ke dengan uncle tua tu..siap uncle tu cakap lagi akan bayar and minta maaf.. Luaran dah nampak elok dah bertudung tapi akhlak sedih... sekarang video pompuan ni dah jadi viral di media sosial #cdm25.. satu malaysia tengok perangai awak.. cam gangster dah pulak kasutmerah tengok dengan pengunci stereng nya.. 

Kita terkenal dengan adab sopan dan santun, boleh marah..memang berhak pun nak marah..ye lah keta keno langgar hati siapa tak panas, lagi-lagi nak raya nak melaram time raya.. tapi agak-agaklah.. lagipun dalam bulan Ramadan yang mulia ni kena lah sabar lebih sikit okey cik kak..tak pasal-pasal awak tu glamour.. kalau glamour elok tu takpe jugak, ni glamour... ishh tak sedap hati nak sebut . Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata dan akhlak sendiri mau ingat...
 
Apa-apa pun jom baca luahan hati anak lelaki uncle yang langgar Peugeot CDM 25 nih..

Monday, July 14, 2014

#CPUV: Waku Doku Campaign

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Haaaa... tengok tajuk tu macam Waka Waka bukan Sudoku pun bukan Tako Tao pun bukan...no no no..hahaha.. mehhh sini kasutmerah bagi tahu apa itu Waku Doku..Sebelum tu thanks to Mr.Nuffnang kerana sudi singgah dan beriklan di blog kasutmerahmama.blogspot.com walaupun 3 dah credited (#ikeajunesale(2) #stadiumastroworldcup) namun masih ada 2 lagi ongoing..kalau ada lagi banyak lagi bagussss.. 

Ini membuktikan walaupun blog kasutmerah ni baru dan ala suam-suam kuku gitu tapiiiii... rezeki tetap ada dimana2 okeyyy..tak kisahlah baru berapa bulan pun usia blog tu tapi yang paling penting kena selalu update blog..enjoy menulis dalam blog korang.. dan jugak dapat banyak kenalan..jadi kesimpulannya.... Mr. Nuffnang jangan lupa beriklan di blog kasutmerah lagi ye..errkk..hehehe...okey kesimpulannya ialah percayalah rezeki itu datang dari Allah dan berdoalah supaya dimurahkan rezeki insyaallah rezeki itu ada dimana-mana.. 

okey meh sambung baca apa itu Waku Doku:

Juara Piala Dunia 2014 Jerman


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi telah berlangsung bolasepak akhir Piala Dunia di antara Jerman dan Argentina dimana Jerman telah muncul Juara Piala Dunia 2014 
di Stadium Maracana. 

Sebelum tu kasutmerah sempat tengok penutupan Piala Dunia 2014 oleh penyanyi Shakira La La La.. yeeeaayyy Jerman Menang... kasutmerah sokong siapa je yang menang..hik hik hik.. 

Thursday, July 10, 2014

Binasa Israel Selamanya #prayforgaza



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sedihnya hati kasutmerah bila baca berita berkenaan dengan rakyat Palestin yang terbunuh yang kebanyakkan nya adalah wanita dan kanak-kanak. Apalah dosa kanak-kanak ni.. 


Kejamnya tentara zionis..Binatang Israel itu tidak pernah dilabelkan pengganas, sebaliknya ummat Islam yg di bunuh itu dianggap pengganas pula, mempertahankan bumi sendiri dianggap jahat oleh dunia.
Semoga Allah turunkan bala untuk setan tentera zionis ni..
Allahuakbar!!  #prayforgaza

Argentina Tempah Tiket Akhir World Cup

pemain Argentina merai kemenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi telah berlangsung perlawanan pasukan yang bagi kasutmerah 'sama kuat' antara Argentina dan Netherlands dimana pada akhir perlawanan kedua-dua pasukan masih terikat dengan 0-0 dan keputusannya dimana nasib telah menyebelahi Argentina dengan ditentukan sepakan penalti 4-2 Netherlands..

Wednesday, July 9, 2014

Jerman Pesta Gol Lawan Brazil

Brazil Kalah Lawan Jerman
Pemain Brazil 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan ini berakhirlah perjalanan Brazil dalam memburu Piala Dunia apabila tewas teruk di belasah Jerman 7-1 pagi tadi.. Frustnya kasutmerah sebab kasutmerah sokong BRAZIL  uhuk..uhuk.. Brazil jelas sekali seperti hilang punca apabila tiada Neymar..!!!

Belo Horizonte (Brazil): Jerman cipta sejarah baru piala dunia apabila menumpaskan Brazil 7-1, dan memusnahkan impian tuan rumah dalam 18 minit untuk ke perlawanan akhir, di Estadio Mineirao, Belo Horizonte, awal pagi ini.
Penyerang Jerman, Miroslav Klose turut cipta sejarah apabila memadam rekod penjaring terbanyak piala dunia, Ronaldo dengan 16 gol keseluruhan.

Tuesday, July 8, 2014

Yusof Haslam Lepas 3 Das Tembakan

Yusof Haslam
Yusof Haslam
Lebih kurang jam 2.30 pagi tadi, kita digemparkan dengan berita kediaman pengarah dan penerbit filem Melayu tersohor, Datuk Yusof Haslam dipecah masuk. Menyedari rumahnya di Taman Melawati dipecah masuk, beliau yang sedang menonton TV mencapai sepucuk pistok jenis Glock dan melepaskan 3 das tembakan amaran apabila terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah.

Monday, July 7, 2014

Gambar Ngeri Kayu Terbang Tembus Dahi

kayu tembus dahi
Ngeri Kayu tembus dahi
Gemas: Seorang pekerja kilang papan warga Nepal terpaksa menahan kesakitan akibat dahinya ditembusi sebatang kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1.5 meter, di Gemas, pagi tadi.
Difahamkan dalam kejadian jam 8.50 pagi itu mangsa sedang bertugas memotong kayu di kilang papan itu dan secara tiba-tiba serpihan kayu itu 'terbang' lalu menusuk dan menembusi dahi mangsa.

Rambutmu Mahkotamu - Dove Hairfall Rescue


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah dalam akaun nuffnang kasutmerahmama ada CPUV untuk Dove Hair Fall yang baru bermula pada 7 Julai 2014 dan ada 3 lagi tengah on going.. thank you nuffnang, sudilah selalu beriklan di blog kasutmerahmama ye nuffnang lagi banyak lagi bagusssss..tengok kat pic atas tu amount tu kosong lagi..ish ish ish.. takpe, pembaca blog kasutmerah yang baik hati nanti kalau ada tengok iklan2 kat blog ni tengah menari2 tu klik2 lah ye.. jangan lupa tinggal jejak nanti kasutmerah membalas kunjungan ye.. tq..love u all..

Rambutmu Mahkotamu

Meh sambung baca ..bagi yang menghadapi masalah rambut gugur.. yesss rambut gugur bagi kasutmerah satu masalah BESAR...haiii kat bilik tidur nampak rambut, kat bilik mandi pun nampak rambut dan paling tak tahan bila sikat rambut.. makkk aaiii... Oh My Hair !!!...sedih sedih.. sayangnya rambut ku yang berguguran.. isk isk isk..boleh tekanan tengok rambut yang banyak gugur kat lantai nih.. tapi sekarang sudah ada penyelesaiannya..tak perlu ke salon atau membayar mahal untuk rawatan rambut gugur ni ye..meh sambung baca..

Sunday, July 6, 2014

Anak Linda Rafar meninggal dunia

linda rafar
Linda Rafar
Alfatihah..

ANAK 
lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.

Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.

Saturday, July 5, 2014

Pesanan Terakhir Datuk Sharifah Aini

Alfatihah...



Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

datuk sharifah aini
Datuk Sharifah Aini
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alfatihah kepada Datuk Sharifah Aini dan salam takziah kepada ahli keluarga beliau.. bertuahnya beliau terpilih dan dijemput Allah ketika bulan ramadan..Semoga rohnya dicucuri rahmat.. kita telah kehilangan seorang lagi biduanita negara..sambung baca..

Friday, July 4, 2014

Soup Kitchen berdepan tindakan

gelandangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Well said..!! isu ini adalah berkaitan dengan isu gelandangan dimana Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu gelandangan berikutan timbul masalah lain seperti kebersihan dan pembawaan penyakit berjangkit yang dipercayai turut berpunca daripada golongan itu. Dimana beliau berkata “Imej bandar raya ini menjadi buruk dan jika tidak diambil tindakan ini, masyarakat menjadi degil dan tidak berdisiplin,” katanya.

Kepada pihak yang ingin membersihkan Bandaraya Kuala Lumpur dari peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin membersihkan Kuala Lumpur dari pencemaran serta untuk menjaga nama baik ibukota NEGARA ISLAM ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur dari pusat-pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia. 
Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.
Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.
Buktikanlah dakwaan bahawa ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan.
Sekian, terima kasih.
rakyat marhaen, Dr MAZA.

sambung pulak kat sini ye...

Thursday, July 3, 2014

Luahan Hati Felexia Yeap


Felixia yeap

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah hari ni bertambah sorang lagi saudara baru kita iaitu Felexia Yeap.. sebelum tu meh kita baca luahan hati Felixia Yeap menempuhi segala dugaan sebelum memeluk Islam. Betapa halangan yang di hadapi tidak langsung mematahkan semangat beliau dalam mendalami Islam..difaham jugak ketika Felexia Yeap yang bakal memeluk Islam hari ini menegaskan tiada liputan media akan dibenarkan.

Menurutnya, bagi berlaku adil, tiada satu pun media yang akan dibenarkan menghadiri untuk menyaksikan pengislamannya itu.

"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Felixia juga menafikan berita yang tersebar berkenaan lokasi pengislamannya itu.

"Kepada sesiapa yang menyebarkan rumor bahawa saya mengucap di Hidayah Centre Melawati, ini Ramadan.

"Sekurang-kurangnya, jangan sebarkan pembohongan," katanya.

Sepanjang Ramadan ini, Felixia berkongsi dengan peminat-peminatnya aktiviti berpuasa termasuk berbuka dan bersahurnya.
 Sambung baca...

Penjawat awam terima RM500 sempena Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dapat duit raya :) 

Wednesday, July 2, 2014

Terkini Runtuhan Tanah di Simpang Empat Jalan Imbi

Runtuhan tanah Jalan Imbi

Orang ramai diminta tidak melalui Jalan Imbi ketika ini kerana berlaku runtuhan tanah di simpang empat yang memang sibuk sepanjang masa ini. Akibat dari runtuhan ini juga, perkhidmatan KL Monorail dari Stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi dihentikan. Klik untuk info seterusnya.