Jom Klik-Klik

Monday, July 14, 2014

Juara Piala Dunia 2014 Jerman


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi telah berlangsung bolasepak akhir Piala Dunia di antara Jerman dan Argentina dimana Jerman telah muncul Juara Piala Dunia 2014 
di Stadium Maracana. 

Sebelum tu kasutmerah sempat tengok penutupan Piala Dunia 2014 oleh penyanyi Shakira La La La.. yeeeaayyy Jerman Menang... kasutmerah sokong siapa je yang menang..hik hik hik.. 
Rio de Janeiro (Brazil): Jaringan tunggal Mario Gotze di masa tambahan bawa Jerman muncul juara piala dunia edisi ke-20 selepas menumpaskan Argentina, di Stadium Maracana, awal pagi ini. Jerman memperoleh gol emas pada minit ke-113, apabila Gotze mendada bola selepas menerima hantaran silang daripada Schurrle sebelum menguis masuk dan menumpaskan Romero. 
Argentina beraksi di final selepas kali terakhir melakukannya pada 1990, ketika mereka tewas 1-0 di tangan Jerman Barat manakala Jerman kali terakhir pada final 2002, tumpas di tangan Brazil 2-0. Jerman memulakan babak pertama masa tambahan dengan baik apabila Schurrle berjaya melepasi benteng Argentina dan melakukan tolakan tetapi ditampan Romero.
Argentina pula meletakkan Palacio - masuk menggantikan Higuane - sebagai penyerang utama dan dibantu Messi dan Aguero. Babak kedua menyaksikan penyerang Jerman, Schuerrle, memperoleh peluang terbaik buat pasukannya pada minit ke-37 tertapi ditampan kemas Sergio Romero. 
Argentina nampak lebih berbahaya pada 45 minit pertama dan penyerang, Gonzalo Higuain adalah antaranya.  Penyerang Napoli itu gagal memanfaatkan peluang untuk meletakan Argentina di depan pada minit ke-21 apabila rembatannya tersasar jauh dari gawang Jerman walaupun hanya berdepan Neuer. 

Jerman dan Argentina menurunkan kesebelasan utama tanpa melakukan sebarang pertukaran - barisan yang diturunkan pada pertembungan separuh akhir - dengan 
Angel di Maria di bangku pemain simpanan. 

Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella nampaknya terus memberi kepercayaan kepada barisan depan yang sama diketuai Lionel Messi yang diapit Gonzalo Higuain dan Ezequiel Lavezzi. 


Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer dianugerahkan Golden Glove untuk kategori penjaga gol terbaik Piala Dunia 2014. Manakala penyerang Argentina, Lionel Messi dianugerahkan gelaran Golden Ball iaitu pemain perbaik.

Sementara itu, penyerang Columbia, James Rodriguez dapat dianugerahkan Golden Boot, sebagai penjaring terbanyak dengan mencetak enam gol.

Selain itu, pemain tengah Perancis, Paul Pogba dinamakan Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2014.

#prayforgaza

No comments:

Post a Comment