Jom Klik-Klik

Tuesday, August 12, 2014

Jaclyn Victor Sudah Berkahwin

Jaclyn victor
JaclynVictor dan Rivera
Kuala Lumpur: Penyanyi Jaclyn Victor mengumumkan sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera pada 19 Julai lalu.
Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, mendedahkan berita itu dan sekaligus memperkenalkan suaminya kepada media pada sebuah majlis di Istana Budaya di sini, sebentar tadi. 
Juara Malaysian Idol musim pertama itu berkata, mereka berkahwin di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) disaksikan 35 tetamu selepas setahun setengah mereka menjalin hubungan cinta. 

“Majlis itu adalah sebuah majlis yang sangat bersifat peribadi dan dihadiri oleh 35 ahli keluarga sahaja," katanya secara ringkas di sini, tadi.

Difahamkan, Jaclyn dan Rivera, 40, berkenalan buat pertama kali ketika mereka bekerjasama dalam lagu Magical Moment terbitan KRU Studios, awal tahun lalu.

Rivera yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet yang popular pada era 90-an kini bergiat aktif sebagai penulis, produser dan ahli muzik yang menetap di AS. 

Jac sebelum ini pernah bertunang dengan lelaki Inggeris, Chris Bellamy namun pertunangan itu terputus selepas 10 tahun mereka menyulam cinta kerana faktor percintaan jarak jauh. 

Sebuah resepsi kecil untuk ahli keluarga dijangka diadakan pada September depan. 

Kata penyanyi lagu Gemilang itu, dia mengambil keputusan merahsiakan berita itu kerana secara peribadinya dia seorang yang perahsia dalam hal peribadi. 

Shawn pula berkata, dia menyenangi personaliti dan kecantikan Jaclyn serta mengakui wanita itu adalah cinta pandang pertamanya.

p/s: sama-sepadan sorang cantik sorang handsome.. taniah

1 comment:

  1. tahniah jaclyn ! suka sangat dengan jaclyn ni bila dia cakap melayu... hehe

    ReplyDelete