Jom Klik-Klik

Friday, August 29, 2014

Datuk Ramli Ms : Hak Peribadi Saya !

Kuala Lumpur: “Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?”
Datuk Ramli MS
Datuk Ramli MS
Itu maklum balas pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS selepas rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam kerana dia disyaki berkhalwat dengan penyanyi Alyah. 

Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh, 54, berkata, dia sudah berkahwin dengan Alyah pada Mac tahun lalu di Batam, Indonesia tetapi enggan menyatakan sebab mereka merahsiakan pernikahan itu. 

“Kenapa saya tak mengaku kahwin sebelum ini, ada sebabnya. Saya tak mahu cakap kerana itu hak peribadi saya. Saya tak tahulah (anggapan) orang di luar sana,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, serbuan JAIS di rumahnya semalam adalah prosedur biasa yang dilakukan bahagian penguat kuasa berikutan aduan yang mereka terima.

3 comments:

  1. Assalamualaikum. nikah dah depa berdua ekk. patut kena hebahkan. supaya takdalah pihak JAIS nak datang serbu. hmmmm

    ReplyDelete
  2. tu lah pasal.. kan tak pasal2 jadi heboh kan.. benda baik buat pe nak sorok.. lagi pun awok berdua tu public figure memang lah peminat nak tahu...

    ReplyDelete
  3. hurm... bila hal perkahwinan disorokkan camni la.. karang timbul fitnah... lagi bagi mereka yang otak2 kotor macam Sha ni..

    dah nikah, alhamdulillah :) lebih baik gemburkan perkahwinan mereka dari gemburkan fitnah... hmmm

    ReplyDelete