Jom Klik-Klik

Monday, July 7, 2014

Rambutmu Mahkotamu - Dove Hairfall Rescue


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah dalam akaun nuffnang kasutmerahmama ada CPUV untuk Dove Hair Fall yang baru bermula pada 7 Julai 2014 dan ada 3 lagi tengah on going.. thank you nuffnang, sudilah selalu beriklan di blog kasutmerahmama ye nuffnang lagi banyak lagi bagusssss..tengok kat pic atas tu amount tu kosong lagi..ish ish ish.. takpe, pembaca blog kasutmerah yang baik hati nanti kalau ada tengok iklan2 kat blog ni tengah menari2 tu klik2 lah ye.. jangan lupa tinggal jejak nanti kasutmerah membalas kunjungan ye.. tq..love u all..

Rambutmu Mahkotamu

Meh sambung baca ..bagi yang menghadapi masalah rambut gugur.. yesss rambut gugur bagi kasutmerah satu masalah BESAR...haiii kat bilik tidur nampak rambut, kat bilik mandi pun nampak rambut dan paling tak tahan bila sikat rambut.. makkk aaiii... Oh My Hair !!!...sedih sedih.. sayangnya rambut ku yang berguguran.. isk isk isk..boleh tekanan tengok rambut yang banyak gugur kat lantai nih.. tapi sekarang sudah ada penyelesaiannya..tak perlu ke salon atau membayar mahal untuk rawatan rambut gugur ni ye..meh sambung baca..
Masa kini masalah keguguran rambut yang serius makin meningkat sehingga ada yang menyebabkan kepala botak dimana selalu dikatakan hanya dialami mereka yang semakin meningkat usia iaitu ketika berumur 40 tahun ke atas.
dove hair fall rescue system
RANGKAIAN produk Dove Hair Fall Rescue System.
Namun, kenyataannya bukan begitu kerana masalah ini juga boleh membelenggu diri wanita dan jejaka yang baru berumur 20-an. Pada anggapan mereka, masalah ini sesuatu yang normal disebabkan faktor persekitaran seperti pemilihan produk rambut, kesihatan, pencemaran atau tekanan di tempat kerja. 

Antara punca masalah ini ialah keadaan kulit yang tidak sihat. Ia boleh berpunca daripada kelemumur, sebum, jangkitan bakteria atau mikro organisma, perubahan hormon (wanita selepas bersalin- kasutmerah), ubat-ubatan dan bahan kimia, faktor keturunan, traction alopecia (selalu mendandan rambut dalam satu cara serta kekerapan menarik rambut) serta kekurangan nutrisi. 


Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air. 
rambut yang sihat


Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu terbabit berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak. 
Menyedari kepentingan rambut yang dianggap mahkota oleh setiap wanita, Dove tampil dengan produk Dove Hair Fall Rescue System dimana produk ini adalah yang terbaik setakat ini kerana kasutmerah telah gunakan bermacam2 jenama produk untuk rambut gugur tapi setelah di perkenalkan oleh kawan maka semenjak dari itu kasutmerah setia dengan produk Dove ini.. rambut gugur telah tiada dan rambut pun semakin sihat setelah menggunakan produk Dove.. cubalah dan tengoklah perubahanya..

4 comments:

  1. Auni sebelum kawin takde la sangat keguguran rambut ni... bila dah kawin ni alahaiiii nipisnya.... tak pernah cuba DOVE hairfall control ni... haaa bolehlah try...

    ReplyDelete
  2. auni trylah pakai dove hairfall.. kasutmerah sebelum ni pun rambut gugur tahap kritikal..hehehe.. semenjak guna dove ni dah kurang dah rambut gugur.. takut jugak botak..huhu tak boleh nak bayangkan..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...KM,

    Tahniah yer dapat cpuv daripada nuffnang .. mesti byk earning tu.. alhamdulilah..

    mselim3

    ReplyDelete
  4. wsalam tuan blog mselim, alhamdulillah dapat lah jugak tapi takdelah banyak.. saje kabur kan amount tu sebab tak banyak..segan plak tayang amount tak byk mana pun :)

    ReplyDelete