Jom Klik-Klik

Thursday, July 10, 2014

Argentina Tempah Tiket Akhir World Cup

pemain Argentina merai kemenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi telah berlangsung perlawanan pasukan yang bagi kasutmerah 'sama kuat' antara Argentina dan Netherlands dimana pada akhir perlawanan kedua-dua pasukan masih terikat dengan 0-0 dan keputusannya dimana nasib telah menyebelahi Argentina dengan ditentukan sepakan penalti 4-2 Netherlands..

Sao Paulo (Brazil): Penjaga gol dan wira Argentina Sergio Romero memberitahu rakyat negaranya supaya 'menikmati saat ini' selepas menyelamatkan dua penalti Belanda dalam penentuan penalti yang dimenangi Argentina 4-2, seterusnya menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu Jerman.
"Nikmatilah saat ini, dan esok kami akan mula bersedia untuk perlawanan akhir," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
"Saya gembira tidak terkata, gembira dengan segalanya.
Realitinya penalti adalah berdasarkan tuah.

Saya yakin dengan diri dan gembira segalanya berakhir dengan baik." Sergia Aguero pula berkata: "Ini adalah segalanya buat kami.

Ramai yang tidak menyangka Argentina boleh ke final, namun kami tahu kekuatan pasukan ini." -

Romero ketika ditemui selepas perlawanan memberitahu: "Penentuan penalti bergantung kepada nasib. Itu adalah realiti. Tapi, saya memang yakin degan diri sendiri dan akhirnya nasib menyebelahi kami."

Penyerang Belanda, Arjen Robben pula berkata: "Memang pedih apabila tewas dengan cara ini (penentuan penalti). Sukar diterima tapi itulah sukan.

Sementara itu, pemain pertahanan Belanda yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, Ron Vlaar, berkata: "Saya tidak gugup. Saya memberikan tumpuan tapi tidak dapat menyempurnakannya." 

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal pula mengakui: "Saya memang hendak sangat memasukkan Tim Krul tapi semua tiga kuota pemain simpanan sudah digunakan. Oleh itu, saya tidak dapat lakukannya."

BELANDA: Jasper Cillessen, Dirk Kuyt, Stefan de Vrij, Ron Vlaar, Bruno Martins Indi (Daryl Janmaat, `46), Daley Blind, Georginio Wijnaldum, Wesley Sneijder, Nigel de Jong (Jordy Clasie `62); Arjen Robben, Robin van Persie (Klaas-Jan Huntelaar `96).

Penalti: Arjen Robben, Dirk Kuyt

ARGENTINA: Sergio Romero, Pablo Zabaleta, Martin Demichelis, Ezequiel Garay, Marcos Rojo, Enzo Pérez (Rodrigo Palacio `81), Lucas Biglia, Javier Mascherano, Ezequiel Lavezzi (Maxi Rodriguez `101), Lionel Messi, Gonzalo Higuain (Sergio Aguero `82)

No comments:

Post a Comment