Jom Klik-Klik

Thursday, August 14, 2014

Adam Rujuk Fiza Kembali Bersama

Adam dan Fiza
Adam dan Fiza
Alhamdulillah hubungan yang putus telah kembali terjalin semula dan yang manis nya ia terlah bertaut semula pada bulan Ramadan yang lepas.. semoga jodoh Fiza dan Adam kekal bahagia hingga ke jannah..

Kuala Lumpur: “Tiba-tiba masa sahur dia lafazkan mahu rujuk semula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung,” luah pelakon Fiza Halim mengenai kehidupan barunya yang kembali bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF sejak 17 Julai lalu.
Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, perkara itu adalah keputusan yang mengejutkan dan tidak dijangka sama sekali. 

“Alhamdulillah mulai dari detik itu, kami kembali sebagai suami isteri. Syukur, Allah mendengar doa saya dan peminat.

“Saya dapat lihat dia masih sayangkan saya daripada perbuatan dan caranya jadi bila dia bertanya (rujuk), saya tak fikir panjang sebab benda baik buat apa tunggu lama-lama,” katanya.

Pasangan ini kembali bersama pada 17 Julai lalu bersamaan 19 Ramadan lalu selepas bercerai pada 28 April lalu.

1 comment:

  1. semoga bahagia selepas rujuk ni... tolonglah bahagia.. tolak ansur dan saling faham memahami... suka sangat tengok fiza dengan adam ni..

    alhamdulillah mereka bersatu kembali..

    ReplyDelete