Jom Klik-Klik

Wednesday, July 16, 2014

"Uncle Sudah Maafkan Dia"

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Nampaknya uncle yang kena marah ketika melanggar kereta #CDM25 tu sudi dan sudah memaafkan dia.. Baik sungguh hati uncle ni walaupun telah di nasihatkan untuk membuat laporan terhadap wanita tersebut uncle tersebut tetap enggan.. meh sambung baca :
Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.
kesan kemek akibat di hentak menggunakan pengunci stereng oleh wanita berkenaan
Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian. 
"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya. 

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.
Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.
Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.
p/s: respect you uncle.. 

6 comments:

  1. Kan? respect sangat uncle ni... kalau Auni... entah laaa.... he's got a kind heart laa... seriously...

    ReplyDelete
  2. yup really respect kat uncle ni..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... KM,

    Respect dan tabik spring kat uncle...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. respect orang cam uncle tu.. berhati baik..

      Delete
  4. perkara kecik boleh selesai dengan baik... tak perlu la nak memalukan diri sendiri dengan meraung2 macam tu... akhirnya? memalukan diri sendiri dan keluarga... bagus uncle nie... walaupun dia berlainan agama dengan kita tapi kita boleh pelajari sikap dia yang tenang dan pemaaf...

    ReplyDelete
  5. betul tu acik idah.. sebagai pompuan jangan lah menjerit-jerit macam tu..jatuh maruah weiii.. itulah orang cakap terlajak perahu boleh diundur terlajar kata satu malaysia maki..

    ReplyDelete