Jom Klik-Klik

Monday, June 30, 2014

Nasi Goreng Sardin Untuk Berbuka


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Maaf ye pembaca dah excited nak masak untuk berbuka...tiap kali waktu berbuka maka sibuklah dan gigihlah kasutmerah nih rancang apa yang nak dimasak untuk berbuka nanti..hehehe.. selalunya macam2lah resepi yang ada di fikiran kasutmerah nih..macam2 nak di masak dan macam2 nak makan..hahaha...disini kasutmerah ada resepi yang kasutmerah nak share kepada pembaca kasutmerah.. yang penting resepi ni mudah dan cepat untuk dimasak.. dan tak lupa sedap... meh klik bawah untuk resepi.

Terkini Muhammad Firdaus akan diserahkan kepada JKM

Muhammad Firdaus ketika ditemui di HTJS.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, jika lihat pada gambar di atas nampak jauh perbezaan adik Firdaus ni ketika mula2 dijumpai.. 

Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15 yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, sejak Sabtu lalu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di Rumah Sinar Harapan Jumaat ini atau Isnin depan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Zailan Adnan berkata, ia berikutan remaja itu sudah beransur sihat dan mengalami peningkatan berat badan 17.3 kilogram berbanding 15 kilogram ketika dimasukkan.

The IKEA Sale Memang Murah !!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah.. pihak nuffnang sekali lagi dengan baik hatinya sudi beriklan diblog kasutmerahmama dan kali ini iklan mereka adalah berkenaan dengan IKEA SALE. wahhh pasti ada yang tersenyum lebar, yelah kasutmerah bila dengar je IKEA buat sale kasutmerahlah yang paling gembira sebabnya barang2 yang di tawarkan lebih murah.. !!! yesss lebih murahh..!! hahaha.. saya suka..saya suka..kepada pembaca yang nak tahu barang2 yang telah di diskaun tu mehlah klik kat iklan IKEA yang sedang menari2 kat bolg kasutmerah ni ye..selain menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang murah, IKEA juga ada menawarkan servis2 lain khas untuk pelanggan IKEA..
Sebelum membeli belah di IKEA meh kita baca tips-tips membeli belah dari IKEA.. meh sambung baca dengan klik dibawah ye..

Pekerja Restoran Melampau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pagi ni kasutmerah menyirap je baca artikel Pekerja Restoran Melampau.. kalau kasutmerah berada di tempat mak budak tu memang dah makan penampo kasutmerah heh.. ooohhh ko suka budak boleh tapi jangan sampai nak pegang2 bagai..sebab tu kasutmerah kalau pegi kedai mamak ke mana2 lah memang akan waspada lah.. jangan nak pegang-pegang anak orang suka2 hati ko okey.. alasan ko suka tengok budak memang kasutmerah takkan terima, nanti penampo percuma ko dapat dari kasutmerah heh.. meh sambung baca pekerja restoran melampau nih..

Friday, June 27, 2014

Terkini Ibu remaja OKU didakwa di mahkamah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lagi tentang berita adik Firdaus, remaja OKU malang yang di abaikan oleh ibu kandung sendiri.. berita yang baru di terima mengatakan bahawa beliau telah di dakwa atas 2 pertuduhan. Macam mana dengan suami kepada Lolanopita ni? Takkan takde tindakan di ambil sedangkan bapa tiri si Firdaus ni pun bertanggungjawab kepada Firdaus walaupun hanya anak tiri. Tak adil sekiranya bapa tiri si Firdaus ni lepas beitu sahaja.... hhhmmm..macam2..meh sambung baca.

Thursday, June 26, 2014

Resepi Puding Roti Berkastad Untuk Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

kita kembali lagi ke dapur kasutmerah ye... sempena kedatangan ramadhan yang mulia ni dapur kasutmerah pun samalah kembali berasap.. waahhhaaa..untuk resepi kali ni kasutmerah ada resepi yang mudah untuk disediakan tapi sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga.. mehhh terjah resepi dapur kasutmerah...haahaahaaa apa lagi meh klik sini...

Inilah Penyanyi Ikat Suami Sampai Mati

2 Free Tiket Deliver Us From Evil Untuk Pembaca Kasutmerahmama



Psssttt..siapa sini berani dan gagah perkasa..ada beraannnnnn??? Takpe kepada peminat cerita seram nih meh sini kasutmerah nak bagi tiket free .....Mehhhh dekat lagi.. haaa....kasutmerah ada 2 tiket free untuk menonton filem Deliver Us From Evil untuk pembaca blog kasutmerah..

      Premiere Screening of Deliver Us From Evil            
Date: 2nd July 2014 (Wednesday)
Time: 8:15PM 
Venue: TGV 1 Utama


Jadi kepada yang nak tiket nih bolehlah bagi tahu kasutmerah kat comment ni ye...sambil tu bolehlah kasutmerah berkenalan dengan pembaca blog kasutmerah.
Sebelum tu.....sebelum kasutmerah berikan kepada meraka yang bertuah sukalah kiranya kasutmerah bagi tahu syarat2 untuk dapat tiket nih...mudah je lah hoiiiiiii......

Nuffnang Bertukar Wajah Mesra Pengguna

Nuffnang Berwajah Baru Terbaik.

Assalamualaikum semua....
pasti ramai dah tengok nuffnang dah bertukar wajah.. Malam tadi baru kasutmerah perasan bila login dalam nuffnang ehhhHH.. dah bertukar dah..wahhhh dengan paparan lebih MUDAH dan lebih MESRA PENGGUNA ..hehehe...Tak percaya cepat-cepat tengok nuffnang anda. Kepada pengguna nuffnang mesti gembira sebab paparan lebih kemas dan mudah. Tahniah kepada pihak nuffnang yang sentiasa memberi kemudahan yang terbaik kepada pengguna dan pelanggang Nuffnang.Nuffnang memang terbaik dan best.... hehehe..
Kepada yang belum menyertai nuffnang....cepat2lah daftar sebab dengan meletakkan iklan-iklan nuffnang boleh mendatangkan pendapatan sampingan kepada blog anda ye..


Wednesday, June 25, 2014

Dukung Adik Selepas Ditinggal di Tepi Jalan


Salam.. baca cerita ni adalah peringatan kepada ibu2, mak2 mommies semua.. tolong lah.. tolonggggg lah jangan tinggalkan anak dalam kereta, kalau dah terdesak sangat nak tinggalkan anak dalam kereta tu tolonggggglah kunci dari dalam.. takut macam2 boleh berlaku..penjenayah sekarang cam HARAM pantang tengok leka sikit semua nak di samun.. nasib baik umur panjang si abang dan si adik ni selamat.. Ya Allah jauhkan lah perkara sebegini dari terjadi kepada keluarga ku dan semua umat Islam...
sambung baca...

Bapak Tiri Dengan Mak Kandung Pun Sama


Salam, heh.... sakit hati pulak baca statement si bapak tiri adik Firdaus nih.. Eh hello kalau sayang takdenya budak tu terabai.. tu pun nasib baik orang jumpa.. kalau tak jumpa sampai bila ko nak kurung dia hah..  sayang konon.. statement vangang tahap nak cover diri tak agak-agak okeyy... menyirap pulak baca statement dia kat bawah ni..

Tuesday, June 24, 2014

Terkini Bapa Remaja OKU Sudah Meninggal Dunia


SEREMBAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, mengesahkan bapa remaja OKU, Muhammad Firdaus, iaitu Dullah Sibil, sudah meninggal dunia ketika berumur 51 tahun di Sabah pada 22 Januari 2012.

Beliau berkata demikian selepas melawat remaja OKU yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flat Taman Semarak, Nilai di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, hari ini. 

Terkini Adik Firdaus!!! Tiga perkataan Yang Meruntun Jiwa


IBU, ummi dan makan...'. Hanya tiga perkataan itu saja mampu diucap Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU malang yang ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu walaupun usianya sudah 15 tahun.


Perkataan 'ibu' itu merujuk kepada pengasuh remaja berkenaan, Norfitri Radius, 42, yang menjaganya selama lapan tahun sejak 2003, sementara 'ummi' merujuk kepada ibu remaja berkenaan yang kini masih ditahan reman bagi membantu siasatan atas penemuan mengejutkan seluruh rakyat negara ini.



Manakala, perkataan 'makan' pula biasanya akan keluar daripada mulutnya setiap kali lapar.



Perkara itu didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat berhubung tahap kesihatan Muhammad Firdaus selepas dua hari dirawat dan dijaga rapi di hospital berkenaan.



Ketiga-tiga perkataan itu juga menunjukkan 'dunia' Muhammad Firdaus sebelum ini hanya tertumpu kepada pengasuh dan ibunya saja, tanpa melihat dan mengenali orang lain di sekeliling, sehingga ada kala dia kelihatan takut pada orang ramai. 

CPUV Stadium Astro World Cup


Salam pembaca blog kasutmerah yang baik hati dan comel/hensem semua (baik ada makna nih) hahaha takdelah.. semua pembaca blog kasutmerah nih baik2 belaka tak kiralah anda berasal dari mana ye.. yang penting hati kena baik..Sebelum tu thanks to nuffnang sebab sudi bagi peluang untuk blog kasutmerah mengiklan kan iklan sempena World Cup yang tengah hot berlangsung di astro.. hah tengok kat atas tu tak banyak lagikan..huh sedihhh, tapi takpe kepada pembaca sudi2lah klik iklan yang tengah menari-nari kat blog kasutmerah ni ye..thank you all and nuffnang ...

Jadi kepada yang kaki bola, meh singgah ke sini kerana banyak aktiviti seperti update terkini world cup, keputusan terkini perlawanan dan banyak lagi aktiviti untuk peminat tegar bola sepak nih.. jangan lupa klik-klik iklan ye.. daaaaaa..tq all..

xoxo

Cari Bapa Remaja Oku Sampai Dapat

Adik Firdaus
Ye dalam kita dok bertanya kenapa mak adik Firdaus ni sanggup mengabaikan dia, kita terlupa dimana dan kenapa bapa adik Firdaus tak disalahkan.. takkan lah si ibu je yang tanggung semua.. si bapa pulak senyap je...Soalan nya sekarang dimana bapa adik Firdaus ni berada.. sebab sehingga sekarang 1 Malaysia heboh pasal adik Firdaus tapi bapa adik Firdaus ni boleh senyap je...sambung baca...

Bayi Hidup Dibuang Di Tepi Longkang



Salam...awal pagi tengok berita, hooooooooooooiiiiiiii.. ada berita manusia hati setan buang bayi LAGI.. kuang ajaq..!!! Memang kurang ajaq.. bodoh.. vangang.. yang pi buang bayi yang tak berdosa tu kenapa? dah ko berdosa berzina ko nak berdosa pulak buang bayi ye.. ko ingat bayi tu patung tak bernyawa...??? apa punya manusia nie.. haiwan pun sayangan anak hoiiii ini kan pulak ko manusia ada otak, hati dan perasaan yang Allah bagi kat ko tapi ko campak dalam longkang jugak ker otak, hati dan akal ko tu??? eeeeiiii... menyirap betul lah kasut merah dengan orang vodoh cam nih..kalau ko dah tak nak bayi ni ko bagi kat orang kalau malu pun ko letak kat surau ke, sekurang2nya bayi tu selamat sebab orang pi surau 5 kali sehari....jangan lah ko main campak2 hoiiii....orang lain yang tak dapat anak siang malam doa kat Allah minta bagi rezeki supaya dapat anak ko pulak main campak2 main buang2 pulahk.. eeeii kasutmerah jumpa orang buang bayi ni kasutmerah pijak2 dia dengan 
kasutmerah ni tau..!!! 
 Untuk cerita lebih lanjut klik kat bawah..

Monday, June 23, 2014

Terkini Remaja OKU Memang Sah Diabaikan


Terkini Remaja OKU
Seremban: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan dalam kebuluran dan kekeringan di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kelmarin, memang sah diabaikan..!!!


Gambar Wajah Ibu budak OKU Yang Ditinggalkan Ibu Dalam Keadaan Yang Sadis

Kasutmerah tak faham ada juga ibu yang kejam kepada zuriat yang di kurniakan oleh Allah kepada mereka. Kemana hilangnya sifat sayang dalam hati si ibu ini..kenapa tergamak biarkan anak lapar, kotor , tak terurus.. biarpun di kurniakan anak yang istimewa ini bukan lah alasan untuk mengabaikannya.. memang cakap senang tapi guna akal dan otak.. fb tahu pulak guna, jadi takkan takde kawan dalam fb tu untuk bertanya.. ke malu???? kalau malu memang sesatlah jalan...!!! Tak nak bebel panjang jom sambung baca apa kata meraka yang lain plak....

Friday, June 20, 2014

Dia Menantimu Di Syurga Wahai Sahabat..

Salam pembaca blog kasutmerahmama.. 2/3 hari ni kasutmerah rasa sedih dan masa tulis entry ni pun kasutmerah masih sedih dan menangis.. yeee kasutmerah memang sensitif, tak kisahlah orang nak cakap over sensitif ke apa ke biarlah.. hati ni cepat sangat terasa sedih bila baca bayi atau kanak-kanak yang sakit / kena dera / eksiden / kena culik/  hilang / mati kena bunuh dan macam2 lagilah...lebih2 lagi kalau berkaitan dengan baby cepat je air mata ni mengalir.. entry ni kasutmerah dedikasi kan khas buat sahabat  yang baru kehilangan baby akibat kanser...sahabat ni kasutmerah kenal semasa sama-sama menuntut di UiTM. (walaupun tak sempat bertegur sapa, tapi kampus tu tak besar mana jadi memang akan jumpa jugak) Allah telah meminjamkan mu ahli Syurga  selama setahun lebih tapi ketahuilah wahai sahabat betapa beruntungnya kamu kerana telah dipinjamkan ahli syurga walau hanya sebentar sahaja..dilahirkan normal tetapi pada usia 6 bulan telah disahkan kanser.. bermula dari situ ketabahan mu dalam menempuh dugaan itu amat ku kagumi...betapa tabahnya mu wahai sahabat, sanggup berkorban apa saja demi anak yang tersayang..tetapi Allah lebih menyayangi nya....Tetaplah tabah wahai sahabat.. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.. tapi ketahuilah wahai sahabat......

Wednesday, June 18, 2014

Resepi Puri Buah-Buahan Untuk Bayi Anda #1

Makanan lagi..hehehe..tapi ni bukan untuk kasutmerah tapi untuk anak kembar kasutmerah ye.. Ni ada lah resepi puri yang mudah untuk disediakan tapi amat berkhasiat untuk bayi.. kasutmerah ada sertakan beberapa resepi yang boleh di jadikan panduan untuk makanan bayi anda... klik di bawah untuk terus membaca.. Tq

Memperkenalkan Makanan Pertama Untuk Baby



Salam semua, hari ni kasutmerah nak cite pasal si kembar yang yang dah start makan makanan baby.. sebelum bagi baby kita makan kena tahu berberapa perkara yang kasutmerah rasa penting dan mommies kena tahu ye.. okey nak tahu lebih lanjut klik je kat bawah nih..

Tuesday, June 17, 2014

Siapa Nak Makan Ais Krim Telur Buaya

Salam pembaca semua .. baru hari ni berkesempatan upload entry kat blog kasutmerah nih .. 
minggu lepas baru habis kursus 4 hari .. tinggal 3 hari lagi kursus yang kasutmerah kena pergi .. nampaknya kena cepat2 carik kursus nih .. kalau tak habis lerrr tak menepati sasaran 7 hari setahun .. 

Seperti yang pembaca tengok ada lagi perubahan yang kasutmerah ubah kat 
design blog kasutmerah ni .. ada kawan tegur kenapa blog hambar jer .. put a little bit color barulah ada seri sikit .. okeylah .... jadi gigihlah kasutmerah nih pi tukar dan tambah apa yang patut ..
hikkksss .. terima kasih teman sebab sudi bagi pandangan ... 
Walaupun ada perubahan kasutmerah tetap maintain less is more .. tak nak lah serabut-serabut tengok .. 
begitu juga dalam kehidupan kasutmerah boleh pening kepala tengok benda-benda serabut nih .. baiknya kat rumah atau kat pejabat memang pantanglah tengok benda serabut-serabut nih boleh hilang mood .... 

Hari nih kasutmerah ada artikel yang menarik perhatian kasutmerah .. 
pasal ais cream, tapi ais cream nih spesel sikit .. sebab ais cream ni di buat daripada TELUR BUAYA .. yesss telur buaya okeyyyy ...!! Meh sambung baca ....

Friday, June 13, 2014

Tip Mudah Ibu Berkejaya


Salam Jumaat kepada pembaca blog kasutmerahmama..terima kasih sebab sudi lagi singgah ke blog kasutmerah yang suam-suam kuku ni..hehehe.. okey hari ni kasutmerah nak berkongsi ilmu/pengetahuan untuk kaum ibu yang berkejaya.. untuk kaum suami pun boleh baca yang bujang ponnn boleh jgak baca ye.. ilmu ni adalah bagai mana untuk menguruskan diri sendiri, rumah tangga dan keluarga dalam mengendalikan tugas harian dirumah selepas WAKTU BEKERJA. sila klik dan baca untuk kita lebih tahu....yang tak nak tahu takpe...ade aku kesah.. :)

Roti Sosej Berkeju Ranggup


Salam bertemu lagi di dapur kasutmerah ye.. hahaha resepi ni amat mudah dan boleh di buat untuk minum petang, hujung minggu dan bila2lah..... lagi2 kita nak puasa ni, boleh lah cuba resepi mudah dan sedap ni untuk berbuka bersama keluarga tersayang.. untuk resepi yang mudah ini sila klik di bawah ye..

Lepas Coklat B!@# Bihun Pulak Buat Hal


Monday, June 9, 2014

Chenta Hatiku...Si Kembar





Kalau Dah Namanya Babi Tetaplah Haram


Salam semua .. baru semalam kasutmerah dan adik sembang pasal ini .. jadi berhati-hati kalau berkaitan dengan makanan ni sebab ia akan menjadi darah daging kita .. kalau dah haram tu haramlah .. kalau yang halal tu hah sila makan / minum .. kalau rasa was-was pulak baik jangan .. Meh kita baca apa pulak kata pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias. 

Saturday, June 7, 2014

Lari Telanjang Elak Ditahan


Georgetown: Tanpa rasa malu, dua wanita warga asing disyaki sedang melakukan seks dengan pelanggan melarikan diri dalam keadaan telanjang bulat dalam dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Lebuh Chulia, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, wanita berkenaan dikatakan sedang leka melayan pelanggan masing-masing, namun terus berlari keluar dari bilik hotel tanpa sempat mencapai pakaian sebaik mendapat tahu premis berkenaan diserbu.

Tindakan itu turut menyebabkan pelanggan masing-masing kebingungan dan hanya mengetahui premis itu diserbu pihak berkuasa selepas anggota imigresen memperkenalkan diri ketika pemeriksaan dilakukan.
Bagaimanapun, langkah kedua-dua wanita bogel itu terhenti ketika menuruni tangga apabila ditahan dan diarahkan masuk semula ke bilik untuk memakai pakaian masing-masing.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, serbuan ke atas dua hotel bajet itu dilakukan serentak selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti persundalan ditawarkan wanita warga asing berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menahan enam wanita iaitu dua warga Laos, dua warga Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam dan Nigeria berusia 20-an hingga 30-an selepas mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar.
“Lima daripada wanita berkenaan menggunakan pas lawatan sosial manakala wanita warga Nigeria pula didapati menjadikan pas pelajar sebagai lesen untuk masuk ke negara ini dan dia disyaki menyalahgunakan kebenaran diberikan dengan menawarkan perkhidmatan seks.

“Siasatan awal kami tidak menolak mereka ini bergerak sendiri tanpa didalangi mana-mana sindiket,” katanya. Modus operandi digunakan ialah menggunakan susuk tubuh yang seksi bagi memikat pelanggan di sekitar hotel tempat menginap atau restoran berhampiran.
“Jika ada persetujuan, pelanggan akan dibawa ke bilik di hotel bajet berkenaan dipercayai bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM120 hingga RM150 bagi setiap langganan,” katanya.

Basri berkata, berdasarkan keadaan bilik berkenaan, pihaknya percaya wanita terbabit sudah menginap di premis berkenaan sejak beberapa minggu lalu dan akan berpindah ke hotel bajet lain bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

sumber: harian metro

DIRGAHAYU TUANKU



DIRGAHAYU TUANKU

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke 84 Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Semoga Tuanku dirahmati Allah Taala dan negara Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.

DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU

Thursday, June 5, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih


Sekadar mencuba dan tanda sokongan untuk blogpancingelih.blogspot.com ....ini segmen giveaway pertama yang kasutmerah join..hehehe.. syarat2nya mudah so siapa nak join silalah follow syarat-syaratnya ye..
Syarat-syarat penyertaan:

  1. Mestilah mempunyai blog/website dan akaun Google+.
Tugasanya tersangatlah mudah, nak join sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:
  1. Buat satu entry bebas yang bertajuk "Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih".
  2. Follow blog ini dan Follow Google+ saya. 
  3. Letakkan banner giveaway diatas. Dan, link kan ke entry ini. 
  4. Jangan lupa tinggalkan link entry anda di ruangan komen dibawah.
Pemilihan pemenang:

Pemilihan pemenang akan ditentukan 100% oleh uncle Random.org. So, kebarangkalian untuk anda semua menang adalah adil dan saksama.

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20
 Ok. Mudah kan?

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 Jun 2014. Jika penyertaan kurang daripada 100 orang, mungkin giveaway akan dilanjutkan, bagitau kawan-kawan yang lain biar giveaway ini tamat tepat pada tarikh ini.

Update (21/05/2014):

Senarai link blog peserta giveaway ada di pautan Peserta Giveaway diatas. Sila semak nombor anda masing-masing, kalau nak blogwalking pun dialu-alukan. Bagitau saya jika link blog anda tidak ada dalam senarai. Sekian.

Update (04/06/2014)

Memandangkan masih ada ramai yang nak join giveaway Elih ni, saya buka peluang dan melanjutkan giveaway ini sehingga 27 Jun 2014 (Jumaat). Nantikan keputusannya dengan sabar ye :)

Resepi Mudah Chocolate Funde Brownies

Chocolate Funde Brownies
Salam semua.. hari ni nak upkan entry resepi yang berasaskan coklat..coklat..coklat..
yeahhh takkan ku jemu kalau coklat nih, walaupun tengah diet coklat takkan ku tolak..jadi kelautlah diet ku..hehehe.. kasutmerah upkan entry ni sebab resepi ni memang sangat mudah, pantas dan senang je nak buat..tapi sedapppppp... tak caya cer try..hik hik hik... insyaallah apa2 pun kalau kita masak dengan ikhlas untuk keluarga makan mesti anak2 cakap sedap dan suka... kepada mommy yang super sibuk sekarang boleh lah luangkan sikit masa untuk buat Chocolate Funde Brownies nie k.. 
Untuk resepinya sila lah klik di bawah...

Wednesday, June 4, 2014

wajah baru

Salam semua.. alhamdulillah kerja membaik pulih blog oleh kasutmerah 
sendiri dah pun siap.. hik hik hik... walau poonnnnnnnn.. taklah secantik mana....tapi puas hati sebab hasil nya kasutmerah sendiri yang buat.. header dia tak lah secantik mana tapi okeylah tu.. background tu putih je sebab nak meringankan blog.. ye ke.. hehehe.. yang lain tu, just tukar sikit2...walaupun ambik masa nak adjust dan tukar, tapi kasutmerah tak kisah sebab learning is fun banyak benda yang kasutmerah 
tahu dan banyak lagi benda yang kasutmerah nak belajar lagi.. orang lain dah kebulan dan bintang
dah huhuhu.. kasutmerah baru je nak mula.. cehhh...

Ohh yeee.. hehehe ada new coming projek, my 1st projek sebenarnya.. hehehe excited dah nih..
Projek apa..??? sabar ye kena tunggu...sebab projek nih kasutmerah bekerjasama dengan kawan blogger jugak.. terima kasih sebab sudi tolong ye...jasamu ku kenang...
Harap projek nih berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan nanti..
Insyaallah..hingga ketemu lagi ye.. salam....

Tuesday, June 3, 2014

Coklat Moist


yessss.. coklat.. hari ni kita cite pasal coklat pulak..hahahah..oopppss cite pasal resepi nanti kasutmerah up kan yerrr...meh cuci mata dulu tengok coklat nih.. hahahaha..kali ni entry kasutmerah ialah info pasal coklat.. jangan tahu makan je.. dan ada sesetengah tahu nak salahkan coklat je.. siaaannn coklat...hikkkssss..mehh kita sama-sama tambah info pasal coklat nih.. 

Monday, June 2, 2014

Cheese Kek

 Sedapnya...

Menggodanya...

Nak rasa sikit...

Hari ni saje je nak cuci mata dgn cheese kek dan cerita pasal Cheese Kek ni.. lain hari kita cerita pasal resepi cheese kek k... Rasanya ramai peminat Cheese kek ni termasuklah kasutmerah sendiri diet tak diet cheese kek tetap di dahulukan.. hahahah.... 
dan kepada yang tengah diet maaf ye bukan apa saje nak menduga..hehehe... okey entry kali ni kasutmerah nak up kan entry berkenaan dengan cheese. ramai yang tahu makan tapi kurang info pasal cheese.. jadi kalau nak tahu pasal cheese nih meh sambung baca sampai habis k sambil menjamu mata ye...