Jom Klik-Klik

Friday, August 29, 2014

Datuk Ramli Ms : Hak Peribadi Saya !

Kuala Lumpur: “Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?”
Datuk Ramli MS
Datuk Ramli MS
Itu maklum balas pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS selepas rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam kerana dia disyaki berkhalwat dengan penyanyi Alyah. 

Amaran : Gambar Ngeri Muka Tertusuk Besi

Beijing: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya.


Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya.

Thursday, August 28, 2014

Datuk Ramli Ms dan Alyah Sudah Nikah

Datuk Ramli Ms dan Alyah
Datuk Ramli MS dan Alyah
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

wahhhhhh cerita artis nih..hehehe dah macam mak jemah pulak.. okeyy dapat tahu pasal dua pasangan nih yang dulu bila wartawan tanya takde plak nak mengaku bagai kannnnn.. tapi bila dah kena siasat cam nih kan ker haruuuuu... 

Artis yang kasutmerah maksudkan ialah Alyah dan Datuk Ramli MS.. tak faham lah artis nih kenapa benda baik nak sorok? Bukan dalam Islam ada bagi tau part kawin ni kena war war kan... ye lah kalau peminat tahu kan banyak yang mendoakan kebahagian.. kan kan kan... hehehe jom layan kisah dia orang..

Wednesday, August 27, 2014

Maut Dipatuk Kepala Tedung

 Guangzhou: Seorang chef mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia berkenaan dipisahkan dari badannya untuk dimasak.
Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng Fan dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedung. Restoran berkenaan memang dikenali ramai kerana menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging ular tedung Indochina.
Media semalam melaporkan, Peng bercadang membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah apabila dia dipatuk. Sumber berkata, badan ular itu biasanya dimasak sup manakala kepalanya dibuang begitu saja. Ia adalah hidangan popular di Guangdong dan banyak ditawarkan di restoran mewah wilayah berkenaan.
Pelanggan restoran itu, Lin Sun, 44, berkata, dia datang bersama isterinya ke restoran berkenaan untuk meraikan hari lahir apabila tiba-tiba suasana menjadi kecoh.
“Kami tidak mengetahui apa yang berlaku, tetapi dapat mendengar jeritan dari dapur. “Kami nampak pekerja restoran menghubungi doktor. “Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Selepas mendengar berita itu, dia dan isterinya segera meninggalkan restoran berkenaan. Mangsa patukan ular tedung Indochina biasanya mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.
urucakap polis berkata, ia adalah kes luar biasa tetapi dikategorikan sebagai kemalangan.
“Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng. “Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu, namun ia tidak sempat diberikan. Ia memang tragik,” katanya.
Pakar ular, Yang Hong-chang berkata, menyatakan semua reptilia boleh hidup sehingga satu jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.
“Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah. “Apabila kepala ular dipotong, sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan ia mampu mematuk,” katanya. - Agensi

Gelung Besi Terlekat Pada Alat Sulit

KOTA BHARU - Malang bagi seorang lelaki berusia 23, tahun apabila tindakannya memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di  Kampung Dewan Beta, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit dikatakan  memasukkan gelung besi berkenaan ke bahagian kemaluannya selepas terjumpa besi berkenaan tidak jauh dari rumahnya .

Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Dia terpaksa meminta bantuan bapanya yang membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 3 pagi.

Monday, August 25, 2014

Kisah Cinta Sejati Pembantu Juruterbang MH17.

Allahyarham Ahmad Hakimi
Allahyarham Ahmad Hakimi
Kami terharu membaca kisah ini, memahami bagaimana dalamnya kasih seorang suami dan ayah. Ahmad Hakimi Hanapi seorang pembantu juruterbang MH17 yang terkorban, seorang suami dan ayah yang baik, dan berikut adalah cerita yang disampaikan oleh isterinya.

Friday, August 22, 2014

Gambar Sekitar Hari Perkabungan MH17

#mh17

#mh17

#mh17







MH17 Linangan Air Mata Mengiringi Jenazah

SEPANG: Linangan air mata pramugara dan pramugari MAS menghiasi suasana sedih dan pilu di hadapan pintu keluar Kompleks Bunga Raya KLIA di sini sebaik jenazah mangsa dibawa keluar oleh kenderaan khas menuju lokasi pengebumian dan persemadian.
Saat sedih itu jelas tergambar di rauh wajah mereka, apatah lagi sebahagiannya sudah berkumpul di hadapan kompleks itu seawal jam 9.15 pagi bagi menzahirkan rasa simpati buat rakan-rakannya yang terkorban dalam nahas tragik MH17 di timur Ukraine, 17 Julai lalu.

Alfatihah #MH17

MH17
Alfatihah dan takziah kepada keluaga MH17.. tabahlah dalam menghadapi ujian Allah.. sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Nya jugaklah kita kembali..
Putrajaya: Solat jenazah hadir dan ghaib bagi mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang beragama Islam akan dilakukan serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah beragama Islam untuk disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengebumian.

Thursday, August 21, 2014

Budak tangan Gergasi

budak tangan gergasi
budak tangan gergasi
India: Seorang budak membingungkan doktor di India apabila tangannya membesar seperti tangan gergasi.
Tangan Kaleem, lapan, setiap satu seberat lapan kilogram dan berukuran 13 inci dari pangkal tapak tangan hingga ke hujung jari hantunya.
Kerana keadaan tangannya itu, Kaleem tidak dapat melakukan banyak perkara asas, termasuk mengikat tali kasut dan sering dibuli serta dipinggirkan rakan sebaya.
“Saya tidak ke sekolah kerana guru berkata, murid lain takut melihat tangan saya. Saya dibuli kerana kecacatan saya. Ada yang memukul saya. “Saya sukar memakai baju, membutangnya dan juga memakai seluar. Tetapi saya tidak mahu doktor membedah tangan saya, kecuali ketika saya tidak sedar,” katanya.

Budak Lelaki 4 Tahun Maut Terperangkap 8 jam Dalam Kereta Bapa

Kuala Nerang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kereta bapanya lebih lapan jam di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini, hari ini.
Kejadian bermula kira-kira 7.30 pagi apabila mangsa Muhammad Aqil Arfan Adnan dikatakan tidur dalam kereta ketika bapa menghantar ibu mangsa yang berkhidmat sebagai guru di SMK Syed Ahmad di sini. 

Monday, August 18, 2014

Bawalah Pulang Mangsa MH17 Walau Hanya Cebisan

MH17
AETI mengesat air mata ketika menatap wajah rakannya Azrina ketika melawat ruang memorial mangsa MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, pagi semalam.
“Sebaik-baiknya bawalah pulang mayat mangsa dan anak kapal MH17 (warga Malaysia) ke tanah air walaupun hanya sebelah kaki atau sehelai rambut,” kata pramugari MAS Alyza Hanum Daum.
Dia ditemui wartawan Harian Metro ketika melawat ruang memorial menempatkan ribuan anak patung dan bunga sebagai simbolik simpati ahli keluarga dan rakan terhadap mangsa MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini, pagi semalam.

Friday, August 15, 2014

Bunuh Pegawai Ambank: Pembunuh Dihukum Mati, Minta Maaf Pada Keluarga Mangsa

La Ode
Pembunuh Norazita
SHAH ALAM – Pengawal keselamatan warga Indonesia dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh kakitangan Ambank, Norazitta Abu Talib, 37, di Subang Jaya, tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir terhadap La Ode Ardi Rasila, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.

Pekerja Bank Songlap Duit Penumpang MH370


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditahan semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.

Thursday, August 14, 2014

Adam Rujuk Fiza Kembali Bersama

Adam dan Fiza
Adam dan Fiza
Alhamdulillah hubungan yang putus telah kembali terjalin semula dan yang manis nya ia terlah bertaut semula pada bulan Ramadan yang lepas.. semoga jodoh Fiza dan Adam kekal bahagia hingga ke jannah..

Kuala Lumpur: “Tiba-tiba masa sahur dia lafazkan mahu rujuk semula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung,” luah pelakon Fiza Halim mengenai kehidupan barunya yang kembali bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF sejak 17 Julai lalu.
Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, perkara itu adalah keputusan yang mengejutkan dan tidak dijangka sama sekali. 

Tuesday, August 12, 2014

Jaclyn Victor Sudah Berkahwin

Jaclyn victor
JaclynVictor dan Rivera
Kuala Lumpur: Penyanyi Jaclyn Victor mengumumkan sudah berkahwin dengan penyanyi kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera pada 19 Julai lalu.
Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, mendedahkan berita itu dan sekaligus memperkenalkan suaminya kepada media pada sebuah majlis di Istana Budaya di sini, sebentar tadi. 

Pekerja Ditemui Mati Dalam Bilik Chalet


Dungun: Seorang pekerja chalet ditemui mati dalam keadaan terlentang di dalam bilik sebuah chalet di Pantai Peranginan Rantau Abang, di sini, 8 malam tadi.
Mangsa yang bertugas sebagai pengemas bilik, Rosli Mat Rawi, 48, berasal dari Rawang, Selangor ditemui seorang penghuni yang tinggal bersebelahan tempat tinggalnya dalam keadaan tidak sedarkan diri. 
Penghuni terbabit, Mohd Ar Razak Mohd Zain, 28, berkata, dia yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan rumah rimbunan kasih menyewa di chalet itu sejak dua bulan lalu. 

Katanya, sejak menyewa di situ dia mengenali arwah sebagai seorang yang amat baik dan mudah mesra selain sering menemaninya makan.

Friday, August 8, 2014

Kempen Boikot McDonald's Menjadi

Assalammualaikum dan salam sejahterah..

Uhuukkk.....Uhuuukkk... cammmm sunyi jerrrrrrrrr.....fuhhh berhabuk...., fuhhhh bersawang.... blog kasutmerah nih.. ye lah 2 minggu cuti 2 minggu jugaklah kasutmerah dan keluarga raya sakan balik kampung dan 2 minggu jugaklah blog kasutmerah tak berhuppppdate.. Now i'm back..!! perrrgghhh..hehehe la ni baru masuk ofis.. puas hati,puas cuti, puas raya, puas makan,puas berjalan dan macam2 puas lah balik kampung nih..arini berkesempatanlah hupdate sikit blog ni yer..kempen boikot Mcdonald's hari ni betul2 menjadi.. tak caya..??? sukati kaulah.. masa lunch tadi saje lalu kat Mcdonald's kat bangunan Mara.. hah betul2 sunyiiii... kalau tak huh line kat kaunter tu panjang sokmo time lunch hour..meh baca lagi...