Jom Klik-Klik

Tuesday, August 12, 2014

Pekerja Ditemui Mati Dalam Bilik Chalet


Dungun: Seorang pekerja chalet ditemui mati dalam keadaan terlentang di dalam bilik sebuah chalet di Pantai Peranginan Rantau Abang, di sini, 8 malam tadi.
Mangsa yang bertugas sebagai pengemas bilik, Rosli Mat Rawi, 48, berasal dari Rawang, Selangor ditemui seorang penghuni yang tinggal bersebelahan tempat tinggalnya dalam keadaan tidak sedarkan diri. 
Penghuni terbabit, Mohd Ar Razak Mohd Zain, 28, berkata, dia yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan rumah rimbunan kasih menyewa di chalet itu sejak dua bulan lalu. 

Katanya, sejak menyewa di situ dia mengenali arwah sebagai seorang yang amat baik dan mudah mesra selain sering menemaninya makan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia mengunjungi bilik arwah untuk mengajaknya makan dan selepas beberapa kali memanggil, arwah tidak menjawab sahutannya.

Dia kemudian mengintai menerusi pintu bilik dan mendapati arwah dalam keadaan terlentang sebelum bertindak memberitahu pekerja chalet berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment