Jom Klik-Klik

Wednesday, April 30, 2014

CPUV Pertama

Alhamdulillah, finally di beri peluang untuk merasa CPUV pertama 
dari pihak nuffnang seperti blogger yang lain harap ad ni lama kat blog kasutmerah ye..dan kepada yang sudi singgah ke blog kasutmerah ni tolonglah support mana2 iklan yang muncul kat blog kasutmerah ni ye.. dan kepada pihak nuffnang thanks kerana bagi peluang untuk merasa CPUV nih..
thank you, thank you dan thank you..hehehe

Oh ye..dah 2 hari kasutmerah tak hupdate blog ni.. sebabnya adalah kerana internet sembab dan lembab cam sipot sempot..sabor je lah heh...

Hari ni nak cite pasal Tanggungjawab.. 
semua orang tahu dengan kata keramat ini.. ye kita memang  di galakkan berusaha 
selagi daya.. dalam kita berusaha dalam kerjaya kita jangan lah sampai tanggungjawab lain terabai.. Kasutmerah ada sorang bos yang kasutmerah amat kagumi dari segi dia bekerja  (ni bukan nak bodek sakan bos okey) dan cara dia menangani kerja sebagai seorang bos/ pekerja / isteri / ibu dan anak.. 
bukannya senang ye dalam kita kerja dengan tugas di ofis dan bila 
balik dari ofis kerja di rumah pula sudah menunggu.. 
hebatnya kaum wanita ye hehehe.. 

 Memang di ofis tanggungjawab bermula bila kita 
punch card pagi dan berakhir bila punch card petang.. balik dari kerja pula 
tanggungjawab seorang isteri dan ibu pun bermula..macam kasutmerah balik je dari kerja dah 
fikir dah masak untuk makan malam (tiap hari memasak untuk makan malam ye), lepas masak kemas pulak anak kembar , lepas tu bagi anak2 makan , bagi anak tido, kemas dapur, lepastu kemas beg sekolah, kemas baju sekolah anak2 untuk esok.. dan macam2 lagilah benda nak di buat..sempat2 mandi dan solat je.. perggghhh SUPERMAK dah jadinya..

Tapi penat lelah seharian akan hilang bila kita dapat bersama 
keluarga dan melihat2 anak2 gembira kat rumah.. biasalah kadang2 ada jugak time 
bila penat sangat muka pun kelat jugak kat dapur.. takpe yang penting tanggungjawab kena buat..
Biarlah Allah yang membalasnya.. :) 

Tuesday, April 29, 2014

Lembab cam Siput

Maaf ku pohon sebab internet ni sembab dan lembab..haisshhh... 
sakit nya hati ku... tapi takpe hatiku terubat bila dapat pegi Anuar Zain for Secretary Week di One World Hotel... nanti kita cecite k... hehehe...

Friday, April 25, 2014

Liang Lahad Bersinar


Harian Metro:
Ipoh: " Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih, " kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Jenazah Allahyarham Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar.

Allahyarham dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.04.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.

Semoga ditempatkan rohnya oleh Allah bersama para soleh dan solihin. Wallahu'alam

Thursday, April 24, 2014

Place like no others..Sarawak




Pemandangan pada waktu malam di Kuching

Pasar Tani Gita (dulu dikenali Pasar Satok)

Salam hari ni nak cerita tempat asal saya.. huhuhu baru nak cerita ye...
okeeyyy..hehehe.. saya berasal dari Negeri yang di kenali bumi kenyalang..iaitu Sarawak.  Tempat lahir di Kuching, tapi kerana tuntutan kerja saya telah berhijrah ke Kuala Lumpur..Insyaallah walau pun telah menetap di bandar yang penuh macam-macam ada... tapi tempat kelahiran tetap di hati...huhuhu.. seperti negeri lain Sarawak juga mempunyai makanan yang melambangkan negeri, seperti:

Laksa Sarawak

Makanan kegemaraan saya...menu ni senang je Insyaallah ada masa saya akan tuliskan resepi laksa sarawak ni..tapi nak buat masakan ni kena ada paste dia..hah selalunya saudara mara lah yang tukang kirim kat mama..Kuah dia cuma santan di campur paste laksa sarawak tu.. Bahan2 untuk hiasan atas tu ikut selera sendiri.. hehehe..


Umai

Umai ni lebih kurang macam sushi di perbuat daripada ikan fresh.. hehehe...rasanya masam, pedas semuanya terasa dalam menu ni...


Mee Kolok

Mee ni harus cuba kalau kat Sarawak...Mee yang tersendiri sebab mee dia kalau tak silap kat sarawak je ade.. tak pernah plak cuba guna mee lain..




Manok pansuh/Ayam pansuh

Ayam ni di masak dalam buluh dan rasanya sangat sedap, juga amat mudah untuk buat Insyaallah ada masa saya akan up kan resepi ayam pansuh ni versi Mama KasutMerah hohohoh.... Harus cuba..


Midin Belacan

Midin ni paling sedap kalau masak belacan, ala masakan dia sama macam kangkung belacan cuma ni midin belacan lagi sedap..tapi kat sini takde plak jumpa midin ni..selalunya kirim kat saudara siapa yang mai kl ni hah tolong lah bawakan midin 2 3 ikat ye...


Last but not least..cehhh speaking London.. Kek Lapis Sarawak ni semua orang dah tauuu....time raya hah meriah warna warni meja di penuhi dan di hiasi kek lapis sarawak nih..Sedap dan kena control sikit makan sebab kek lapis ni selalunya manis.. hehehe




pic: Thanks you google!!

Tuesday, April 22, 2014

Ustaz Kazim Elias - I Love My Job


Salam, hari ni Alhamdulillah berpeluang mengikuti ceramah dari ustaz yang dikenali ramai dalam rancangan kalau dah jodoh Ustaz Kazim Elias...ceramah yang bagi saya yang penuh dgn keinsafan lebih2 lagi dalam kerja.. Ceramah lebih 2 jam setengah macam cepat je berlalu tak boring ada je ucapan beliau yang buat kita senyum dan gelak tapi yang paling best bila beliau nyanyi.."kalau dah jodoh" ..ceramah beliau berkenaan dengan kerja..kita keje ni kena ikhlas.. walaupun kerja berpuluh tahun tak dapat anugerah tak ape..itu manusia yang menilai kita.. yang kita kejar yang kita nak biar Allah yang menilai kita.. MasyaAllah.. insafnya bila dengar ceramah beliau.. tak semestinya Allah balas dalam bentuk wang.. Allah boleh bagi kita dalam bentuk Anak2 yang cerdik cemerlang, suami yang penyayang, jiran yang baik dan banyak lagilah..lagi satu dalam kerja ni kena elak rasuah.. contohnya hamper.. penanda aras untuk rasuah ustaz bagi senang je.. bila dah pencen orang tu nak bagi hamper tak. kalau tak bermakna orang tu bagi hamper kat kita tu ada sebab lebih kurang macam tu lah.. oh ye kalau tak silap Ahad ni kat PWTC pukul 3 ustaz ada kat situ ada pameran buku ustaz ada pukul 3 untuk sign buku baru beliau..ni beliau ada ajar sikit macam mana beliau ajar anak murid kat sekolah pondok yang diasaskan oleh beliau.. kalau budak tu melompat tilam pukul tapak kaki, lepas ni tak melompat dah.. budak yang duduk dua kaki kerusi jongket kat belakang beliau pi potong dua kaki kerusi tu hah budak lain takut duduk jongket 2 kaki kerusi kat belakang..baju budak2 tak nak kutip kalau bersepah kat lantai ustaz kutip masuk plastik sampah dan buang. bila budak tu cakap tu baju dia ustaz jawab senang je kalau baju awak kenapa baju tu sepah. kalau nak ambik kat dalam tong sampah balik... Insyaallah ada beli buku beliau saya akan kongsikan nanti ye..

Monday, April 21, 2014

Kembar


Siapa pun pasti akan geram melihat sepasang anak kembar yang comel dan mungil. Alhamdulillah rasa bertuah diri dengan kurniaan itu. Tetapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka?Ia juga mengundang kehamilan berisiko. Jom ikuti pengalaman mengandung anak kembar.
1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.(anak akak tidak seiras tapi jantina sama)

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.(Alhamdulillah selamat dari risiko tersebut)

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.(Abang 2.5kg , Adik 3.1kg)

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.(Alhamdulillah takde)

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.(ye ini memang betul)

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.(yup)

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.(105 kg berat okeyyyy!!!)

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.(part ni semangat kena kuat)

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.(alhamdulillah lahirkan kembar cara normal)

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.(takde)

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.(betul !!!)

18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.(yang ni sangat setuju okeyyy...)


Thursday, April 17, 2014

Pengalaman Berharga





Salam semua..ramai mengaku gelaran sebagai Mama/Mummy/Ibu/Ummi/Emak mengubah banyak perkara dalam hidup kita. Kehidupan baharu yang dinikmati selepas memiliki anak tentu sahaja berbeza semasa masih bujang. Apa yang pasti, kebanyakan wanita yang bergelar ibu mengaku jumlah wang dalam dompet semakin berkurangan, tidur  tidak selena dahulu dan paling ketara tanggungjawab semakin bertambah.Tapi.....
Walaupun ia kedengaran tidak enak (mungkin dalam kalangan wanita bujang) tetapi  hakikatnya para mama berasa seronok dengan tanggungjawab baharu itu biarpun duit dan tidur semakin berkurangan kan. Tetapi sedarkah mama semua, ada banyak lagi perkara yang patut dirai dengan gembira sebaik melahirkan bayi comel.Disini mama senarai kan perkara/pengalaman yang akan kita lalui dan perasaan itu bagi mama amat indah bila bersama dgn bayi....

  1. Anda menemukan kekuatan dalaman yang selama ini tidak pernah disedari.
  1. Anda menerima dengan senang hati jumlah berat badan yang bertambah itu amat berbaloi.
  1. Anda tidak lagi memerlukan jam kerana bayi anda sudah menetapkan jadual harian.
  1. Anda semakin hormat dan sayang akan ibu bapa dengan persepsi yang baru.
  1. Kesakitan yang dialami oleh bayi lebih teruk dirasakan berbanding kesakitan sendiri.
  1. Anda tidak kisah tidur seawal jam 9 pada malam minggu.
  1. Hati anda mudah tersentuh jika ia berkaitan dengan hal bayi.
  1. Anda boleh bercakap banyak apa sahaja jika ia berkaitan bayi walaupun sekadar kisah sebatang gigi.
  1. Anda melihat bayi anda berbanding diri sendiri ketika melihat cermin.
  1. Anda tidak lagi geli dengan apa yang ada pada badan bayi malahan berasa gembira sekiranya anak sudah buang air besar!
  1. Pengorbanan yang dilalui untuk menjadi ibu bukan lagi masalah utama. Anda semakin menghargai  apa yang dimiliki.
  1. Anda menyedari yang selimut bayi mempunyai kuasa magisnya sendiri!
  1. Anda boleh memberi pendapat kepada ibu bapa lain tentang punca anak mereka menangis berbanding jika dahulu anda seolah-olah hendak menyuruh ibu bapa tersebut mendiamkan anaknya daripada menangis.

  1. Anda tidak kisah terlambat asalkan dapat memeluk dan mencium si comel sebelum ke tempat kerja.
  1. Anda sedar bahawa ia bukan mustahil untuk menyayangi bayi yang tidak dikenali sebelum ini.
  1. Anda merasakan waktu mandi adalah waktu paling berharga.
  1. Anda tidak segan lagi untuk menegur jiran di kawasan rumah, kerana sudah mendukung bayi sendiri.
  1. Anda baru menyedari jika dulu sesuatu perkara remeh yang dirasakan penting kini tidak lagi bermakna. Contohnya masa untuk ke salon atau menonton wayang.
  1. Anda semakin kerap membeli barangan untuk bayi berbanding barang diri sendiri.
  1. Setiap hari adalah hari istimewa dan memeranjatkan buat anda!

Wednesday, April 16, 2014

Sedekah


kredit encik google
(sedihnya tengok gambar kat atas semoga dalam lindungan Allah)

Alhamdulillah semalam rezeki naik teksi free, sebab abang teksi takde duit kecik duit tukar katenyeeee..dari maju junction ke lrt Dang Wangi terima kasih ye bang teksi .. hik hik.. hari ni pulak rezeki tengahari ada staf belanja makan tengahari.. waaahhh alhamdulillah murah rezeki... semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita dan orang yang bersedekah....

Ni ada perkongsian ilmu sedikit untuk di kongsi bersama..okeyyyy...

"Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah yang kecil mahupun dalam jumlah yang besar, kerana dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat : lima akan diberikan di dunia dan lima lagi akan di berikan di Akhirat kelak"

"Perbanyaklah sedekah, kerana di dalamnya terdapat khasiat:
*Menyembuhkan berbagai penyakit.
*Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
*Diselamatkan dari segala keburukan.
*Menenangkan hati dan jiwa.
*Melapangkan rezeki.

Jadi marilah sama2 kita tambahkan saham akhirat.. :)

Resepi : Udang Goreng Kunyit Fast n Furious



Salam... hari ni nak post pasal masakan pulak..hahaha.. 2 3 hari ni kita layan makan je okayyy... resepi ni khas untuk orang seperti aku..balik kerja pon boleh buat sebab sebab sebab resepi ni pantasssss je boleh buat... anak2 suka suami pun sukeeeee katanyeeeee..hahaha...

Bahan-bahannya :

Udang (of coz lah kena ada nama pon masakan udang...)
serbuk kunyit
bawang merah hiris
bawang putih hiris
bawang besar hiris
garam & serbuk perasa.

caranya:

udang dah di bersihkan kita letak serbuk kunyit , tinggal sebentar.. panas kan minyak, masuk kan bawang merah dan putih..pastu masukkan udang yang dah kita letak kunyit awal tadi..kacau kejap pastu masukkan bawang besar yang dah dihiris ....akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.. tadaaaaaaaaa.. sekejap je boleh siap... :) kalau nak boleh je letak kacang buncis pun sama, sedappppp kata Alisya..

Tuesday, April 15, 2014

Resepi : Cheese Oreo ABC


salam.. hari nak kongsikan resepi yang mudah cepat dan pantas khas untuk orang yang takde masa seperti saya..dan bahan2nya amat mudah dan murahhh... balik kerja pun boleh buat ye..saya bagi nama cheese oreo abc sebab membuatnya semudah ABC okeyyy...hik hik hik...

Bahan-bahan yang di perlukan:

Tatura Cheese 1 peket
Nestle Cream 1 kecil
Susu Pekat setengah tin (ikut suka nak manis or yang sedang2 je)

Oreo
Fresh milk dutch lady (untuk celup oreo)

Cara-caranya:
Campurkan tatura cheese, nestle cream dan susu pekat ikut rasa nak manis or kurang manis.. dah sebati bahan sekarang proses untuk susun oreo di dalam bekas ye..guna kontainer plastik pun bolehhh.. celupkan oreo dalam fresh milk dutch lady kemudian susun dalam bekas kontainer pastu ratakan cheese tadi atas oreo..susun lagi oreo yang telah di celup dan ratakan cheese di atas oreo..buatlah sehingga habis bahan. kemudian masukkan kedalam peti ais tadaaaaaa..tunggu 1 jam lebih pastu boleh makan dah...

p/s: Suka buat cheese oreo ni time weekend bersama anak-anak.. anak2 pun suka kita pun gembira.. :)


Mencari Cinta Judika - Kl Live



Pasti ramai yang mengenali Judika Nalon Abadi Sihotang atau Judika, 35.... anak akak yang umur 6 tahun pun tahu lagu si Judika ni..Hebat dari segi vokal dan semestinya rupa parasnya yang ganteng gitu antara faktor anak muda ini diminati ramai (termasuklah akak..heheh...)..Jejaka dari seberang ini yang lahir dari program realiti Indonesian Idol musim kedua ni sememangnya antara penyanyi seberang paling dinantikan kemunculannya di sini.

Seperti yang semua telah sedia maklum Judika telah Mencari Cintanya di Konsert Kl Live telah menarik penonton bersama Mencari Cinta.. Tidak hairanlah kehadiran lebih 1,500 penonton pada konsertnya itu membuktikan Judika tiada masalah menarik pengikutnya dan terus bersamanya hinggalah ke penghujung acara..

Buat yang pertama kali menyaksikan sendiri kehebatanya secara langsung, pasti konsert malam itu memberi kepuasan maksimum. Juga bagi yang pernah menonton konsertnya sebelum ini, sudah tentu tiket dibeli cukup berbaloi.

Antara lagu-lagu hitnya seperti Bukan Dia Tapi Aku, Separuh Nafas, Setengah Mati Merindu dan Mama Papa Larang. Selain itu lagu Magnet dan Apakah Ini Cinta turut di nyanyikan pada malam tersebut. Kemuncaknya, lagu paling di nantikan tentu sekali Aku Yang Tersakiti yang menjadi lagu paling berhantu Judika setakat ini..di harap selepas ini Judika boleh lah pulak buat konsert di tempat yang lebih sesuai maklumlah Judika ni peminat nya ramai dan dari semua peringkat umur.. Sehingga ketemu lagi ya Judika..

Monday, April 14, 2014

Mangsa Dera - Ellysha Natasha


Takziah kepada keluarga Ellysha Natasha semoga tenang dirimu di Syurga.. Inilah kisah budak yang kena dera oleh bapa saudaranya sehingga meninggal dunia.. sedih yang hamat hati ku bila aku mengenangkan anakku yang hampir sama umur dan nama Alisya..

KUCHING : Seorang kakitangan Seorang kakitangan sekolah ditahan pada Jumaat berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dipercayai akibat didera sehari sebelum itu, kata Ketua Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata suspek berumur 46 tahun itu yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan kanak-kanak itu direman tujuh hari manakala mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat itu dijangka diketahui pada Ahad.

“Jenayah ini amat menyedihkan dan bagi saya ini perbuatan orang tidak siuman. Polis masih menyiasat untuk menentukan sama ada suspek mengambil dadah atau tidak siuman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara PDRM di Padang Merdeka di sini Ahad.
Kejadian itu diketahui pada 9.45 malam Khamis lepas apabila polis menerima laporan tentang kematian mangsa di Hospital Simunjan.

Siasatan awal mendapati ada bekas gigitan pada tubuh kanak-kanak itu serta pendarahan di kemaluannya, menimbulkan syak bahawa kanak-kanak itu mungkin telah didera secara seksual.
Difahamkan mangsa tinggal dengan ibu saudaranya, seorang guru dan bapa saudaranya yang merupakan staf di sebuah sekolah di sini.

Mangsa merupakan murid prasekolah manakala ibunya dikatakan bekerja di Serian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh, kata Muhammad Sabtu.


Berita terkini TV3 kes dera Ellysha Natasha di Sarawak

Budak Kena Dera Lagi..!!!

as usual..monday, hmmm seperti kebanyakan orang lain isnin ni kurang sikit mood nak kerja.. ye lah cam tak puas cuti Sabtu dan Ahad..rasa cam tak cukup je Sabtu Ahad...Last week takde pegi mana2 cuti betul2 kat rumah..masa berkualiti yang ada hendaklah di isi dengan aktiviti bersama keluarga ye tak..dalam masa tengah berehat bersama keluarga sambil tengok berita TV3.. aduhhhh ada lagi kes dera BUDAK.. sakitnya hati aku.. kenapa lah tolol sangat nak dera budak sampai mati.. apa yang budak tu dah buat sampai nak bunuh budak tu sampai mati???? umur budak yang meninggal tu baru 6 tahun.. kesian muka cantek terus tengok muka Alisya.. kenapa lah ada orang yang punya hati keras hingga sanggup nak bunuh budak kecik.. kejadian ni berlaku di Simunjan Sarawak.. aduhhhh kenapa kenapa why why whyyyyyyyyyyy???????? yang tak boleh diterima akal hasil penyiasatan ada kecederaan di kemaluan.. lagi aku sedihhh.. ya Allah kenapa ada manusia yang sanggup bertindak begini kejam macam ni..memang  !@#$%^&* (tu ayat mencarut okey!!!) sebab tu lah makin hilang mood nak kerja arini sebab sakit hati..huhuhu.. sorrylah yer sebab saya ni kalau bab dera2 ni memang pantang tak boleh di terima oleh akal yang waras ni..

nanti kita sambung lagi tapi dengan omelan yang tak stress k.. biasalah awal2 pagi ni kadar stresss tu trafik dia naik sikit... hehehhe..

Friday, April 11, 2014

workplace

salam...

hari ni nak cerita pasal tempat kerja.. tempat kerja ni kalau persekitaran dia maksudnya pekerja sekeliling ni ada yang jiwa kacau habis lah kita pun boleh jadi jiwa kacau jugak.. sama lah dgn tempat keje saya ni, bos dia jiwa kacau anak buah pun habis kacau bilau...boleh tak bos kalau tak puas hati dengan staf lain di pi lah bebel kat orang TU, ni tak orang TU tak betul KO bebel kat orang lain.. boleh camtu.. habis kita yang ada kerja ni dah jadi satu hal plak dengar bos bebel...hish jiwa kacau jiwa kacau..dari permehatian aku bos ni jiwa kacau sebab ada masalah rumah tangga.. bila tak boleh nak control habis lah ofis lah tempat dia meluahkan ketidak puasan hatinya...kita kerja ni nak gembira.. dah kerja memang stress jangan lah bos tambahkan stress tu lagi.. okey tak bossssss..

Friday, April 4, 2014

Baby

salam jumaat,

pagi ni masuk je ofis baca metro terbaca kisah orang buang baby LAGI... kenapalah ada orang sanggup buang baby yang cute yang takde dosa.. yang aku geram di buangnya kat tempat buang sampah.. Ya Allah sakit hati dan sedihnya aku tengok gambar tu.. nasib baik baby tu hidup.. kesian itu je dapat aku cakap.. dan bodoh bengap kelabu asap punya manusia hati binatang.. eh binatang pun sayang anak okey!!.. hissshhh emosi dah pagi2 camni.. kalau tak nak pun letak lah kat surau or masjid or mana2 tempat orang boleh senang jumpa dol... bukan nak galakkan orang senang2 buat dan senang2 buang tapi ko dah buat dosa ni nak tambah lagi buang/bunuh baby tu.. tengok muka baby tok tak sayang ke kat baby cute.. mana lah pegi akal manusia camni.. semoga baby ni di lindungi Allah.. *teringat baby kat rumah.

Thursday, April 3, 2014

TwiN



Kakak Batrisyia and Kakak alisya


















Morning semua.. hari ni motif nak upload pic twin.. tak lupa pic kakak batrisyia
and kakak alisya..


Wednesday, April 2, 2014

RisE & ShiNe


morning...Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah engkau berikan kepada ku ya Allah..semoga hari ini lebih baik dari semalam.. ada kerja yang menanti.. harap di permudahkan tugas hari ini.. amin... 

Tuesday, April 1, 2014

SeNtUhAn



Untuk perkongsian bersama:

Sentuhan mempunyai magis yang sangat kuat. Melalui sentuhan, kasih sayang terbina utuh. Antara suami dan isteri, antara ibu dan anak juga antara ayah dan anak.
Ia menjadi komunikasi di awal kelahiran seorang bayi. Kajian yang telah dilakukan di seluruh dunia mendapati sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi.1.    Bayi yang baru lahir mampu merasa sentuhan daripada ibu dan ayahnya. Sentuhan yang dilakukan dengan kasih sayang dapat menenangkan bayi yang berada dalam keadaan yang tidak selesa. 2.    Ketika baru lahir, tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki. Bayi akan bertindak balas apabila disentuh atau diagah oleh ibu ayahnya. 3.    Peluk, dukung dan mengurut bayi merupakan satu cara untuk merangsang deria sentuhan. Jangan tinggalkan bayi terlalu lama bersendirian kerana ini akan menghalang bayi dari mendapat rangsangan sentuhan. 4.    Sentuhan membuatkan bayi merasa dirinya selamat dan dilindungi oleh kedua ibu bapanya. Pegang dan belailah tangannya. Kemudian sentuh pada bahagian belakangnya. Sentuhan akan membuatkan bayi rasa selesa. 5.    Bagi bayi pramatang pula, sentuhan adalah terapi baginya. Ia adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya dan mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami bayi. Sekaligus mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi. 6.    Sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, dia belajar tentang dunia persekitaran, emosi dan fizikal daripada sentuhan. Bahkan kelembutan barang permainan pertamanya! 


StResSeD

                  



Seperti biasa hujung bulan dan awal bulan, penyakit yang ku panggil stress ni akan menyerang aku.. aku pernah baca artikel (nama artikel aku dah lupa daaa...) kalau tengah stress ni kena tarik nafas hembus nafas tarik nafas dan hembus..buat sampai kurang rasa stress tu..aku ni pulak kalau stress je nak makan nak makan je stress.. aduiiii... macam ni lah kalau hidup makan gaji.. uhuk..uhukkk...tapi balik je rumah terus stresssss aku hilang sebab kat rumah ada penawar stress iaitu baby bam bam hehehe.. tapi apa2 pun kerja tetap kerja..itu amanah kan.. so enjoyyyyy (style nora danish) hehehe...how i miss zaman dedulu.. boleh lepak tido makan..lepak tido makan..dgn kawan baik ku---> MeRINIE !!!! sekarang masing2 dah ada tanggungjawab.. :)