Jom Klik-Klik

Wednesday, September 24, 2014

Peristiwa Bayi dan Kanak-Kanak di Serang Haiwan


Tioman: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah selepas digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja Berjaya Resort, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Kejadian itu disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawa mangsa ke Klinik Desa Kampung Tekek namun dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu malam tadi di pondok polis Kampung Tekek.

Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.Beliau berkata, kes berkenaan adalah kali pertama dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.

1 comment:

  1. aduhai... peritnya... tu kanak2 yang menanggung... kalau kita sendiri kena tak tahu la meraung camne plak.... Allahurobbi :(

    ReplyDelete