Jom Klik-Klik

Thursday, July 17, 2014

Hidup Tanpa Wang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam punya cerita #CDM25 masih hangat di perkatakan di media sosial hingga ke harini.. sampaikan ada yang sanggup memalam buta ambik gambo rumah dan gambo kereta cik kak ni.. serius ni dah tahap melampau.. seram wwwoooo orang dok hendap tengok rumah memalam buta.. tak takut kena ketok guna pengunci stereng ker..ish ish ish.. udah-udah ler tu..cik kak tu pun dah minta maaf walaupuuuuunnnnn... banyak yang beranggapan cik kak ni tak ikhlas bila minta maaf tapi takpelah biarlah dia ikhlas ke tak hanya Allah je yang maha mengetahui..kepada keyboard warrior dan haters tu dah-dah lah hentam cik kak tu.. baik kita beramal tambah pahala di bulan Ramadan ni ye...ni bukan nak tunjuk baik tapi cuma pandangan 25 sen saya je...

Okey berbalik kepada tajuk kat atas.. boleh ker hidup tanpa wang. Selalu kita cakap nak buang air kecik pun pakai wang.. yelah nak masuk tandas pun 50 sen.. tapi seorang wanita ni membuktikan boleh hidup tanpa wang.. yesss boleh hidup tanpa wang.. macam mana caranya jom sambung baca:
Kala wanita lain berlumba-lumba cuba menikmati hidup glamor dengan tubuh dibaluti pelbagai jenama mewah, Greta Taubert memilih jalan hidup yang sama sekali berbeza. Selama setahun dia meninggalkan dunia pengguna dan dalam tempoh itulah dia makan, minum dan berpakaian tanpa membelanjakan duit walau sesen pun.
nekad hidup tanpa wang
Wanita Jerman berusia 30 tahun itu mahu merasai sendiri bagaimana hidup jika ekonomi benar-benar meleset dan runtuh. Tamat tempoh percubaan, perkara pertama yang dia mahukan selepas setahun hidup seperti orang daif ialah seluar sendat dan produk pembersih diri.

Sambil menikmati secawan cappucino panas di sebuah kafe di Leipzig, bandar yang dulunya terletak di Jerman Timur, Taubert mengakui mahu kembali ke kehidupan normal. 

Kini dia tidak mahu lagi menggunakan deodoran, krim muka dan ubat gigi buatan sendiri walaupun semuanya dijamin 100 peratus organik.
“Saya juga buat syampu sendiri. Tetapi kawan-kawan mula memberi komen mengatakan saya nampak macam kaum asli Neanderthal (kaum asli di Jerman). Apabila melihat keadaan diri saya, mereka kata saya sudah keterlaluan,” katanya sambil ketawa.
Selama setahun Taubert, wartawan sambilan itu mendapatkan pakaiannya di kedai baju terpakai dan bertani di ladang komuniti menanam kubis dan kentang. Meskipun hidup tanpa wang, dia tetap pergi bercuti ke Barcelona. 

Dengan senyuman, Taubert menceritakan bagaimana dia merealisasikan percutiannya. Jarak antara Leipzig dan Barcelona di Sepanyol bukan dekat. Sepanjang perjalanan ke destinasinya sejauh 1,700 kilometer itu, dia menaiki mana-mana kenderaan yang sudi menumpangkannya untuk sampai ke Barcelona walaupun terpaksa bermalam secara haram di sana sini. 

Semua pengalaman perit sepanjang setahun itu kini dirakamkan dalam bukunya berjudul Apokalypse Jetzt! yang bermakna ‘Apocalypse Now’ yang diambil daripada filem epik yang mengisahkan peperangan di Vietnam pada 1979 arahan Francis Ford Coppola. 

Dalam buku itu, dia mengimbas kembali perubahan mendadak dalam hidupnya termasuk menggunakan barang yang dianggap sampah oleh masyarakat pengguna moden. 

‘Pengembaraan’ dalam dunia serba minimum itu bermula pada satu petang Ahad di rumah neneknya apabila Taubert termenung di depan meja yang dipenuhi makanan seperti daging, keju kanape, pai epal, kek keju, pai krim, biskut vanila dan kopi hanya beberapa jam selepas makan tengah hari. 

“Apabila saya cakap saya mahu minum susu, nenek meletakkan serbuk perisa coklat, pisang, vanila dan strawberi untuk menyedapkan susu. Sistem ekonomi kita berlandaskan perspektif pertumbuhan yang tidak terbatas, tapi dunia ekologi kita terhad. Mantra ‘lagi, lagi dan lagi’ tidak akan membawa kita ke mana-mana,” katanya. 

Di Jerman pada 2012, hampir tujuh juta tan makanan berakhir di tong sampah dengan purata 81.6 kilogram setiap orang. 

Krisis ekonomi yang berlaku di Eropah secara tidak langsung meningkatkan kesedaran masyarakat di sana wujudnya had atau keterbatasan dalam model ekonomi sekarang. 

“Orang sudah sedar mereka tidak mencapai apa-apa daripada jaminan Mekanisme Kestabilan Eropah. Kita hanya meneruskan apa yang sudah dipraktikkan sejak dulu dan sistem itu tidak mempunyai asas yang kukuh,” sambungnya. 

Hujahnya itu bersandarkan buku ‘How Much Is Enough’ karya penulis British, Robert dan Edward Skidelsky pada 2012 yang menegaskan bahawa dunia moden itu diperintah oleh keinginan yang tidak pernah puas untuk menambah wang dan harta benda. 

Trend ‘kurang itu lebih baik’ kini menjadi ikutan ramai daripada perkongsian makanan secara dalam talian hinggalah kepada pembentukan ‘pokok buku’ di Berlin di mana sesiapa saja boleh meninggalkan dan mengambil buku kegemaran mereka untuk dibaca. 

Di selatan Eropah yang teruk dilanda krisis ekonomi, golongan muda Greece kini mengajar pelbagai kemahiran termasuk bertani sebagai pertukaran untuk belajar bahasa Inggeris. 

Dalam pengembaraan tanpa wang itu, Taubert bertemu dengan pelbagai golongan seperti neohippies, ekoekstremis dan kumpulan yang berjuang untuk terus hidup dan ditulis secara lucu dalam bukunya apabila sama-sama berbincang untuk memanfaatkan tandas kompos yang mereka gunakan. 

“Hari ini saya cuba masukkan apa yang saya pelajari sepanjang tahun lalu dalam kehidupan seharian. Apa pun saya gembira kerana kini boleh hidup seperti orang normal, tidak radikal seperti dulu,” katanya. - AFP

9 comments:

  1. menarik entri ni, merasai keperitan hidup dan mula menghargai nilai kehidupan yang sebenarnya....

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...

    Bukan semua manusia yang boleh hidup yang serba kekurangan , hanya mereka yang tabah menghadapi semua tu. yer tak....

    mselim3

    ReplyDelete
  3. salam betul hanya yang tabah je yang dapat hidup serva kekurangan..

    ReplyDelete
  4. kita mungkin boleh buat... tapi bagaimana pula dengan anak2... walaupun kami sekeluarga mmg amalkan berjimat cermat sebab e.suami mmg pantang makan tak habis... so anak2 dah tau... kalau makan mesti kena habiskan dan ambil setakat yang termampu nak habiskan jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam acik idah.. betul kita boleh buat dengan cara berjimat cermat tapi tanpa wang kasutmerah rasa tak boleh sebab nak gi klinik bawak anak pun duit..

      Delete
  5. tak semua sanggup buat kan...??? actually dalam kesusahan tu ada kemewahan hidup kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam auni... setuju dengan auni dalam kesusuahan tu ada kemewahan hidup yang penting kena syukur.. auni thanks singgah sini..

      Delete
  6. salam..blh lya pgl mama hheee.lya trus follow cne ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam asha.. boleh je..thanks follow tau.. i follow you too..hehehe

      Delete