Jom Klik-Klik

Friday, July 4, 2014

Soup Kitchen berdepan tindakan

gelandangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Well said..!! isu ini adalah berkaitan dengan isu gelandangan dimana Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu gelandangan berikutan timbul masalah lain seperti kebersihan dan pembawaan penyakit berjangkit yang dipercayai turut berpunca daripada golongan itu. Dimana beliau berkata “Imej bandar raya ini menjadi buruk dan jika tidak diambil tindakan ini, masyarakat menjadi degil dan tidak berdisiplin,” katanya.

Kepada pihak yang ingin membersihkan Bandaraya Kuala Lumpur dari peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin membersihkan Kuala Lumpur dari pencemaran serta untuk menjaga nama baik ibukota NEGARA ISLAM ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur dari pusat-pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia. 
Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.
Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.
Buktikanlah dakwaan bahawa ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan.
Sekian, terima kasih.
rakyat marhaen, Dr MAZA.

sambung pulak kat sini ye...

Kuala Lumpur: Badan bukan kerajaan (NGO) Soup Kitchen bakal berdepan hukuman denda jika masih memberi bantuan makanan kepada golongan gelandangan di kawasan Bukit Bintang bermula Isnin depan.
Tindakan itu selaras hasrat kerajaan bagi membersihkan imej bandar raya daripada jumlah gelandangan yang semakin membimbangkan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu gelandangan berikutan timbul masalah lain seperti kebersihan dan pembawaan penyakit berjangkit yang dipercayai turut berpunca daripada golongan itu.
“Soup Kitchen kini hanya dibenarkan memberi bantuan makanan sejauh dua kilometer (km) dari lingkungan kawasan Bukit Bintang.
“Jika mereka (Soup Kitchen) mahu beri bantuan, lakukannya di luar kawasan ditetapkan atau kita denda terus,” katanya ketika ditemui di majlis pelantikan Ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam, di sini, semalam.
Tengku Adnan berkata, beliau turut menerima laporan daripada agensi kerajaan yang mendapati terdapat gelandangan di ibu negara yang mampu menginap di hotel tiga bintang dengan wang yang disumbangkan orang ramai.
“Kebanyakan gelandangan mampu bekerja dan memiliki kediaman selesa, tetapi mereka malas bekerja kerana ada pihak tidak putus membantu.
“Bukan kita tak pernah bagi kerja tetap kepada mereka, tapi selepas dua hari mereka lari dan kembali bergelandangan kerana selesa dengan bantuan diberikan,” katanya.
Selain itu, usaha kementerian mewujudkan pusat perlindungan untuk golongan itu didapati menyebabkan mereka rasa selamat seterusnya tidak mahu bekerja lagi.
“Imej bandar raya ini menjadi buruk dan jika tidak diambil tindakan ini, masyarakat menjadi degil dan tidak berdisiplin,” katanya.
sumber: Hmetro

1 comment: