Jom Klik-Klik

Wednesday, September 24, 2014

Peristiwa Bayi dan Kanak-Kanak di Serang Haiwan


Tioman: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah selepas digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja Berjaya Resort, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Kejadian itu disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawa mangsa ke Klinik Desa Kampung Tekek namun dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu malam tadi di pondok polis Kampung Tekek.

Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.Beliau berkata, kes berkenaan adalah kali pertama dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.

Thursday, September 18, 2014

Arjuna Beta

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Kasih seorang ibu terhadap anaknya.. walau apa jua rintangan di hadapan akan tetap di tempuhi. Walau tinggi melangit dugaan walau seluas lautan rintangan..kasih ibu tiada galang gantinya..kasih ibu tetap akan teguh di hati demi anak tersayang.. moga anak2 tahu perasaan seorang ibu terhadap anak nya.. Syukur Ya Rabb kerana telah mengurniakan ku anak2 yang cukup sempurna bagi diriku.. 

Nurul Batrisyia, Nurul Alisya, Muhammad Muadz &Muhammad Mueez
Mama Love All Of You So Much...

Friday, August 29, 2014

Datuk Ramli Ms : Hak Peribadi Saya !

Kuala Lumpur: “Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?”
Datuk Ramli MS
Datuk Ramli MS
Itu maklum balas pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS selepas rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam kerana dia disyaki berkhalwat dengan penyanyi Alyah. 

Amaran : Gambar Ngeri Muka Tertusuk Besi

Beijing: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya.


Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya.