![]() |
Terkini Remaja OKU |
Seremban:
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan dalam kebuluran dan
kekeringan di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kelmarin, memang
sah diabaikan..!!!

Katanya, berdasarkan laporan itu pihaknya sudah memaklumkan kepada polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Ketika remaja ini dibawa ke HTJS, beratnya hanya 15 kilogram dan kami sudah memberikan makanan berkhasiat kepadanya untuk menambah berat badan.
"Keadaannya kini stabil dan memerlukan sekurang kurangnya sebulan untuk menaikkan berat badan dan penjagaan lain," katanya.
Dr Jaafar berkata, pihaknya sudah memberikan ubat kulit kepada remaja itu berikutan ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumahnya.
Selain itu, Muhammad Firdaus hanya mampu menggunakan tiga perkataan iaitu ibu, ummi dan mama dalam percakapan walaupun umurnya sudah 15 tahun.
Perkara ini didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat, pada sidang media, di sini, mengenai tahap kesihatan Muhammad Firdaus yang dilakukan pihaknya.
Menurutnya, pemeriksaan kesihatan ke atas remaja OKU malang itu tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur didera tetapi hanya keadaan badannya yang kering dan dibiarkan kebuluran.
Assalammualaikum...KM,
ReplyDeletealahai... kesiannya... melihat penderitaan kanak-kanak nie.. sedih sesangat.
mselim3
pls: adalah dosa dia sehingga diseksa sebegitu.
Wsalam En.Mselim...,
Deletememang ibu yang sangat kejam biar anak menderita, harap si ibu dapat pengajaran dari kesilapan dia.. emosi pulak kasutmerah kalau berkaitan dengan anak mcm nih..
kanak-kanak ini selamat dibawah lindungan allah, walaupun kurus kering dan terabai, dia masih hidup. Allahuakbar.
ReplyDeleteMemang anak2 yang istimewa sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Allah.. sehinggalah kanak2 ini dijumpai secara tidak sengaja.. Allahuakbar..sedih melihatkeadaan dan penderitaan kanak2 istimewa ini..
DeleteSemoga citer sebenar akan terserlah dan adik Firdaus mendapat pembelaan yang terbaik.
ReplyDeleteMalu kita kepada haiwan ini :
http://ummudd80.blogspot.com/2014/05/bolehkah-kita-menandingi-haiwan-ini.html
Betul tu Hafizah.. geram pulak kasutmerah dengan mak adik si Firdaus nih..Haiwan pun sayangkan nak ni kan pulak manusia yang dikurniakan otak untuk berfikir..
DeleteHangat betul isu ini ye .. ramai juga blogger menulis ... kesian kat OKU .. selalu jadi mangsa .. saya pernah citer gak dalam blog mengenai OKU cari makan halal .. rakyat Malaysia ... cakap tak serupa bikin, huhuhu...
ReplyDeleteSalam En. HH.. di negara kita golongan OKU terabai, yang kaya makin kaya... yang miskin makin tertindas, yang memerlukan seperti golongan OKU ni makin terabai.. OMM.. Oh My Malaysia...
Delete