Jom Klik-Klik

Tuesday, June 17, 2014

Siapa Nak Makan Ais Krim Telur Buaya

Salam pembaca semua .. baru hari ni berkesempatan upload entry kat blog kasutmerah nih .. 
minggu lepas baru habis kursus 4 hari .. tinggal 3 hari lagi kursus yang kasutmerah kena pergi .. nampaknya kena cepat2 carik kursus nih .. kalau tak habis lerrr tak menepati sasaran 7 hari setahun .. 

Seperti yang pembaca tengok ada lagi perubahan yang kasutmerah ubah kat 
design blog kasutmerah ni .. ada kawan tegur kenapa blog hambar jer .. put a little bit color barulah ada seri sikit .. okeylah .... jadi gigihlah kasutmerah nih pi tukar dan tambah apa yang patut ..
hikkksss .. terima kasih teman sebab sudi bagi pandangan ... 
Walaupun ada perubahan kasutmerah tetap maintain less is more .. tak nak lah serabut-serabut tengok .. 
begitu juga dalam kehidupan kasutmerah boleh pening kepala tengok benda-benda serabut nih .. baiknya kat rumah atau kat pejabat memang pantanglah tengok benda serabut-serabut nih boleh hilang mood .... 

Hari nih kasutmerah ada artikel yang menarik perhatian kasutmerah .. 
pasal ais cream, tapi ais cream nih spesel sikit .. sebab ais cream ni di buat daripada TELUR BUAYA .. yesss telur buaya okeyyyy ...!! Meh sambung baca ....

Sumber: HMetro
Davao (Filipina): Sebuah restoran di bandar ini mencipta pencuci mulut luar biasa selepas pemiliknya diberikan beberapa biji telur dari taman buaya berhampiran yang memelihara haiwan itu untuk daging dan kulitnya.
Pemilik restoran Sweet Spot berkata, pencinta haiwan tidak perlu bimbang kerana mereka tidak menggunakan daging buaya dalam resipi tetapi hanya lebihan telur sang bedal itu yang tidak menetas. Sweet Spot menggunakan telur buaya sebagai ganti kepada telur ayam dan mencampurkannya dengan ramuan biasa seperti susu, krim, gula dan perisa.
Sebelum ini, pemilik Sweet Spot, Dino dan Bianca Ramos, menerima telur buaya daripada bapa saudara Dino yang juga pemilik Taman Buaya Davao.
Tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan telur itu, Dino memutuskan untuk menggunanya bagi membuat aiskrim.
Hasilnya amat memberangsangkan kerana ternyata ia sedap! "Sudah pasti ia ais krim biasa yang tidak mempunyai rasa buaya kerana kami hanya mengguna telurnya, tetapi ia benar-benar sedap.
"Buaya ialah spesies haiwan terancam. Kami menggunakan telur lebihan atau yang tidak menetas, "katanya.
Menurut Sweet Spot, telur buaya terdiri daripada 80 peratus kuning telur dan lebih banyak nutrisi berbanding telur ayam, menjadikan ia pilihan lebih sihat untuk ais krim mereka.
Ia bagaimanapun bukan sesuatu yang luar biasa.
Ice Cream Parlour di Whitby, North Yorkshire menjual ais krim ikan dan kentang. Ia dibuat menggunakan ikan kod yang disalut tepung, kentang goreng dan kekacang. Selain itu, kedai ais krim di London, Icecreamists pula pernah menimbulkan kekecohan kerana menyediakan ais krim daripada susu ibu dan diberi nama Baby Gaga.
Namun, ini semua tidak boleh mengalahkan Jepun kerana mereka adalah 'Raja segala ais krim berperisa pelik.' Antaranya, termasuk daging kuda, lidah lembu dan sotong kurita. - Agensi
ohhhh tidak, kalau kasutmerah bagi free pun rasanya kasutmerah tak sanggup makan ais krim dari telur buaya nih..terbayang muka buaya.. eeeeeee....

p / s: Teringat zaman kecil-kecil dulu time balik sekolah mesti singgah beli ais krim nih.. ada lagi ker ais krim nih sekarang.. 

No comments:

Post a Comment