Jom Klik-Klik

Friday, June 20, 2014

Dia Menantimu Di Syurga Wahai Sahabat..

Salam pembaca blog kasutmerahmama.. 2/3 hari ni kasutmerah rasa sedih dan masa tulis entry ni pun kasutmerah masih sedih dan menangis.. yeee kasutmerah memang sensitif, tak kisahlah orang nak cakap over sensitif ke apa ke biarlah.. hati ni cepat sangat terasa sedih bila baca bayi atau kanak-kanak yang sakit / kena dera / eksiden / kena culik/  hilang / mati kena bunuh dan macam2 lagilah...lebih2 lagi kalau berkaitan dengan baby cepat je air mata ni mengalir.. entry ni kasutmerah dedikasi kan khas buat sahabat  yang baru kehilangan baby akibat kanser...sahabat ni kasutmerah kenal semasa sama-sama menuntut di UiTM. (walaupun tak sempat bertegur sapa, tapi kampus tu tak besar mana jadi memang akan jumpa jugak) Allah telah meminjamkan mu ahli Syurga  selama setahun lebih tapi ketahuilah wahai sahabat betapa beruntungnya kamu kerana telah dipinjamkan ahli syurga walau hanya sebentar sahaja..dilahirkan normal tetapi pada usia 6 bulan telah disahkan kanser.. bermula dari situ ketabahan mu dalam menempuh dugaan itu amat ku kagumi...betapa tabahnya mu wahai sahabat, sanggup berkorban apa saja demi anak yang tersayang..tetapi Allah lebih menyayangi nya....Tetaplah tabah wahai sahabat.. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.. tapi ketahuilah wahai sahabat......


Dia Menantimu Di Syurga Wahai Sahabat..

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahu, "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)


p/s: Tabah dan bersabarlah wahai sahabat dia menanti mu di Syurga..

2 comments:

  1. samalah kita km...naluri keibuan kannn??? nak nak lagi kita memang dah bergelar mummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farah cepat je terasa... lebih2 lagi kita sendiri ada baby...

      Delete