Jom Klik-Klik

Monday, June 2, 2014

Cheese Kek

 Sedapnya...

Menggodanya...

Nak rasa sikit...

Hari ni saje je nak cuci mata dgn cheese kek dan cerita pasal Cheese Kek ni.. lain hari kita cerita pasal resepi cheese kek k... Rasanya ramai peminat Cheese kek ni termasuklah kasutmerah sendiri diet tak diet cheese kek tetap di dahulukan.. hahahah.... 
dan kepada yang tengah diet maaf ye bukan apa saje nak menduga..hehehe... okey entry kali ni kasutmerah nak up kan entry berkenaan dengan cheese. ramai yang tahu makan tapi kurang info pasal cheese.. jadi kalau nak tahu pasal cheese nih meh sambung baca sampai habis k sambil menjamu mata ye...
Petua Membuat Cheese Kek
Aneka kek, tart,biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perhatian dan menambat hati setiap lapisan kerana keenakan dan rasa keju lemak berkirim yang cukup istimewa. keju boleh di gandingankan dengan apa saja dari kek, pastri, pencuci mulut hinggalah ke salad.


Suhu Membakar Cheese Kek
Membuat cheese kek memerlukan ketelitian, suhu memainkan peranan penting ketika membakarnya. suhu yang tinggi akan menjadikan kek keju merekah dan tidak nampak cantik. suhu yang sesuai diantara 160c-170c dan masa selama 45 minit hingga 1 jam.


Kaedah Membakar Cheese Kek
Membakar cheese kek banyak menggunakan kaedah stim (steam bath) atau bain marie atau juga di panggil double boil iaitu meletakkan loyang berisi kek kedalam satu lagi loyang yang mengandungi air panas. kaedah ini untuk mengimbangi suhu dan mengelakkan kek menjadi hangus di atasnya. Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar semasa membakar kek keju. Setelah masak, tutup suis dan biarkan kek menyejuk di dalam ketuhar dengan merengangkan sedikit pintu ketuhar selama satu jam supaya kek tidak merekah kerana perbezaan suhu ketuhar dan suhu bilik. Kek yang di bakar dengan cara ini juga lebih lembab dan berkrim dari kek yang di bakar terus di dalam ketuhar yang biasanya menjadi kuning keemasan dan lebih kering. Jangan risau jika cheese kek masih lembut selepas di bakar. Ia akan menjadi pejal dengan sendirinya setelah beberapa jam direhatkan. Adalah perlu merehatkanya selama 4 jam atau semalaman supaya keju set sepenuhnya. Untuk mengelakkan cheese kek yang masak menjadi retak semasa penyejukkan, longgarkan pinggir cheese kek di sekeliling loyang dengan pisau tajam.


Mengadun Cheese Kek
Sebaiknya krim keju di biar lembut pada suhu bilik sebelum memukulnya. Krim keju hendaklah di putar hingga licin sebelum menambah bahan-bahan ramuan cecair seperti telur, krim, yogurt, jus dan sebagainya. Sebaik sahaja ramuan cecair di tambah, keju akan menjadi berketul-ketul dan susah untuk disebatikan.

Menyimpan Cheese Dan Cheese Kek
Jangan menyimpan keju di dalam peti sejuk beku, ini akan menyebabkan keju menjadi berketul-ketul. simpan di dalam chiller dan perlu dihabiskan dalam tempoh dua minggu setelah membuka bungkusannya.
Bungkus kek keju dengan aluminium foil atau plastik wrap sebelum di simpan di dalam peti sejuk, kecuali loaf, kek cawan dan kek keju chiffon. cara ini untuk mengelakkan kek keju menjadi kering dan menyerap bau dalam peti sejuk.


Memotong Cheese Kek
Cheese kek tidak boleh di potong terus apabila baru di keluarkan dari ketuhar kerana masih lembut dan bersifat melekit. Rehatkan di dalam peti sejuk 4 jam atau seeloknya semalaman supaya kek dapat set dengan sepenuhnya. gunakan pisau yang di bilas dengan air panas untuk memotong kek dan mengelapnya selepas di potong. Cheese kek adalah lebih sedap dimakan semasa dingin.

Okey cukuplah setakat ni cite pasal cheese kek.. Insyallah nanti kasutmerah upkan pulak entry  resepi cheese kek untuk pembaca. Lepas baca jangan lupa klik iklan-iklan yang ada kat blog kasutmerah dan follow blog kasutmerahmama ye .. hehe.. TQ...

No comments:

Post a Comment