Jom Klik-Klik

Wednesday, June 18, 2014

Resepi Puri Buah-Buahan Untuk Bayi Anda #1

Makanan lagi..hehehe..tapi ni bukan untuk kasutmerah tapi untuk anak kembar kasutmerah ye.. Ni ada lah resepi puri yang mudah untuk disediakan tapi amat berkhasiat untuk bayi.. kasutmerah ada sertakan beberapa resepi yang boleh di jadikan panduan untuk makanan bayi anda... klik di bawah untuk terus membaca.. Tq


Puri Pisang
Pisang penuh dengan slow-release sugars yang boleh menyediakan tenaga yang berterusan. Membuat resipi bayi ni adalah yang paling sempurna kerana ia amat mudah dan senang untuk di sediakan. Puri pisang ini juga baik untuk rawatan cirit-birit dan sembelit.

Masa Penyediaan
2 minit

Cara Penyediaan
Kupas pisang dan lenyekkan menggunakan garpu. Untuk bayi yang pertama kali makan campurkan sedikit susu bayi di dalam
puri tadi. 
  
Puri Epal
Epal adalah buah pertama yang ideal kerana ia mudah dihadam dan tidak akan menyebabkan alahan. Mommies diminta untuk merasa dulu buah-buahan yang yang hendak digunakan untuk memastikan ianya manis. 

Masa Memasak8 Minit

Cara Penyediaan
Kupas dan cincang epal. Masukkan ke dalam periuk berisi air. Tutup dan masak dengan api yang rendah untuk 6-8 minit sehingga benar-benar lembut. Tempatkan di dalam mangkuk dan menggunakan pengisar tangan atau garpu lenyeklah epal tadi sehingga hancur. Mommies juga boleh stim epal selama 7 / 8 minit.

Puri Pear
Pear masak adalah sangat sedap, manis dan sesuai untuk makanan pertama untuk bayi anda. Jika puri terlalu berair, masukkan beras bayi sedikit untuk membantu memekatkan ia.

Masa Penyedian
 5 minit 

Masa Memasak
Masak 3-5 minit 

Lepas pear ni di masak seterusnya boleh lah di lecek menggunakan sudu/garpu

Bagi mommies yang nak jimat kan masa boleh lah puri ni di masak dan di masukkan kedalam bekas seperti dibawah dan di masukkan di bahagian sejuk beku.


cite ni lain kali kasutmerah update k.. sekian dulu.. salam...

4 comments: