Jom Klik-Klik

Friday, June 27, 2014

Terkini Ibu remaja OKU didakwa di mahkamah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lagi tentang berita adik Firdaus, remaja OKU malang yang di abaikan oleh ibu kandung sendiri.. berita yang baru di terima mengatakan bahawa beliau telah di dakwa atas 2 pertuduhan. Macam mana dengan suami kepada Lolanopita ni? Takkan takde tindakan di ambil sedangkan bapa tiri si Firdaus ni pun bertanggungjawab kepada Firdaus walaupun hanya anak tiri. Tak adil sekiranya bapa tiri si Firdaus ni lepas beitu sahaja.... hhhmmm..macam2..meh sambung baca.


Lolanopita Sadi didakwa di atas dua pertuduhan, yang pertama di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan Firdaus dari Januari hingga 21 Jun tahun ini, yang menyebabkan Firdaus mungkin mengalami kecederaan emosi dan fizikal di kediamannya di Nilai.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh berusia 40 tahun yang juga operator pengeluaran makanan di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa di bawah Seksyen 33 (c) Akta yang sama kerana mengabaikan Firdaus dan meninggalkannya dalam keadaan yang amat teruk pada 21 Jun, 2.30 pagi, di lokasi yang sama.
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
   
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
   
Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan fi hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh .
Hakim Datuk Jagjit Singh ditetapkan sebutan semula kes itu pada 24 Julai dan membenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selepas mengambil kira hujah yang dibuat oleh peguam Lola, Hanif Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

3 comments:

  1. kenapa dilayan darah daging yg dilahirkan sendiri sampai macam tu kak oi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal.. sampai hati buat anak macam tu.. si bapa tiri plak lepas tangan.. hhmmm...

      Delete
  2. tak faham aku dengan akak nih
    sanggup layan anak macam tu

    ReplyDelete