Jom Klik-Klik

Wednesday, June 25, 2014

Bapak Tiri Dengan Mak Kandung Pun Sama


Salam, heh.... sakit hati pulak baca statement si bapak tiri adik Firdaus nih.. Eh hello kalau sayang takdenya budak tu terabai.. tu pun nasib baik orang jumpa.. kalau tak jumpa sampai bila ko nak kurung dia hah..  sayang konon.. statement vangang tahap nak cover diri tak agak-agak okeyy... menyirap pulak baca statement dia kat bawah ni..
SHAH ALAM - Bapa tiri kepada remaja malang, Muhammad Firdaus Dullah berkongsi rasa bahawa isterinya itu terlalu menyayangi anak sulungnya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Menurut laporan sebuah portal, lelaki itu yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Abdullah berkata, isterinya yang dikenali pada 2004 itu ada memberitahu bahawa dia mempunyai anak OKU sebelum mereka berkahwin.

“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, ibu Muhammad Firdaus atau dikenali dengan panggilan Lola itu dijadikan isteri keduanya selepas mengenalinya dalam tempoh setahun.

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya," ujarnya lagi.

Malah lelaki itu turut mengakui, jarang pulang ke rumah isteri keduanya kerana perkahwinan dengan Lola dirahsiakan daripada isteri pertama.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.

“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya.

Muhammad Firdaud ditemui pihak Imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Taman Semarak, pada 21 Jun lalu.

Semasa ditermui, remaja berkenaan dilaporkan dalam keadaan lapar, tidak terurus dan dibiarkan bergelumang ditempat yang kotor dan bernajis.

Muhammad Firdaus kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban manakala ibu kandungnya direman polis hingga ke hari ini.

p/s: kalau boleh sambung lagi reman.. camner rasa kena kurung? 

No comments:

Post a Comment