Kasutmerah tak faham ada juga ibu yang kejam kepada zuriat yang di kurniakan oleh Allah kepada mereka. Kemana hilangnya sifat sayang dalam hati si ibu ini..kenapa tergamak biarkan anak lapar, kotor , tak terurus.. biarpun di kurniakan anak yang istimewa ini bukan lah alasan untuk mengabaikannya.. memang cakap senang tapi guna akal dan otak.. fb tahu pulak guna, jadi takkan takde kawan dalam fb tu untuk bertanya.. ke malu???? kalau malu memang sesatlah jalan...!!! Tak nak bebel panjang jom sambung baca apa kata meraka yang lain plak....
23 JUN: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditinggalkan seorang diri dalam keadaan menyedihkan di Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, awal pagi semalam, ditahan oleh polis, malam tadi.

“Polis sedang menjalankan siasatan terperinci meliputi segenap aspek bagi mengetahui punca sebenar kanak-kanak malang itu ditinggalkan keseorangan di dalam flat berkenaan,” katanya.

Dia ditemui terkurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah.

“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.
*Jangan jadikan anak ko OKU sebagai alasan... sakit pulak hati aku..

No comments:
Post a Comment