Jom Klik-Klik

Monday, June 9, 2014

Kalau Dah Namanya Babi Tetaplah Haram


Salam semua .. baru semalam kasutmerah dan adik sembang pasal ini .. jadi berhati-hati kalau berkaitan dengan makanan ni sebab ia akan menjadi darah daging kita .. kalau dah haram tu haramlah .. kalau yang halal tu hah sila makan / minum .. kalau rasa was-was pulak baik jangan .. Meh kita baca apa pulak kata pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias. 

Kuala Lumpur - Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan selepas ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, undang-undang melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.
"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.
"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.
"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

2 comments:

  1. Jangan marah kerana kepakaran dan kelulusan Ustaz Kazim ni melebihi Yusuf Qardawi maupun Dr Maza. Ustaz ini harapan PM dan pendapatnya lebih taraf Sahibus sabahah-sahibus sabahah para mufti (15 orang semuanya kat Malaysia ini)

    ReplyDelete
  2. salam.. terima kasih kerana sudi komen di sini..

    ReplyDelete