Jom Klik-Klik

Thursday, June 26, 2014

Resepi Puding Roti Berkastad Untuk Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

kita kembali lagi ke dapur kasutmerah ye... sempena kedatangan ramadhan yang mulia ni dapur kasutmerah pun samalah kembali berasap.. waahhhaaa..untuk resepi kali ni kasutmerah ada resepi yang mudah untuk disediakan tapi sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga.. mehhh terjah resepi dapur kasutmerah...haahaahaaa apa lagi meh klik sini...
Bahan-bahannya :
Bahan-bahan untuk puding:-
7 keping roti gardenia
1/2 cawan gula
2 biji telur
1/2 tin susu cair/susu segar
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
kismis untuk hiasan


Untuk Kuah Kastard :
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
1 sudu kecil esen vanila


Caranya :
  1. Potong roti comel-comel dan susun cantik-cantik dalam loyang. kemudian tabur-taburlah kismis atas  roti serata tempat sebagai hiasan. (anak kasutmerah suka makan kismis jadi kasutmerah akan letak lebih kismis)
    kemudian, dalam kuali, panaskan butter, gula, susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. kacau hingga sebati.
    tutup api dan tuang ke atas roti. make sure sume bahagian roti kena, sebab kalau dah bakar nanti bahagian yang tak kena akan keras macam roti bakar pulak.
    biarkan roti kembang sekejap dan masukkan dalam oven bakar dengan suhu 180'c lebih kurang setengah jam.
Cara untuk kuah kastard:
Panaskan semua bahan atas api yang sederhana sehingga semua sebati. jangan terlalu lama, takut tepung tu akan jadi likat dan berketul. tutup api dan biarkan sejuk. simpan dalam freeze dan makan sejuk-sejuk pon sedap.

selamat mencuba..xoxo

1 comment:

  1. yummi, sungguh lazat, macam sedap jer, macam tak rajin jer nak buat.

    ReplyDelete