Jom Klik-Klik

Thursday, June 5, 2014

Resepi Mudah Chocolate Funde Brownies

Chocolate Funde Brownies
Salam semua.. hari ni nak upkan entry resepi yang berasaskan coklat..coklat..coklat..
yeahhh takkan ku jemu kalau coklat nih, walaupun tengah diet coklat takkan ku tolak..jadi kelautlah diet ku..hehehe.. kasutmerah upkan entry ni sebab resepi ni memang sangat mudah, pantas dan senang je nak buat..tapi sedapppppp... tak caya cer try..hik hik hik... insyaallah apa2 pun kalau kita masak dengan ikhlas untuk keluarga makan mesti anak2 cakap sedap dan suka... kepada mommy yang super sibuk sekarang boleh lah luangkan sikit masa untuk buat Chocolate Funde Brownies nie k.. 
Untuk resepinya sila lah klik di bawah...
Bahan-bahan :
2 bar coklat ( separa manis )
1/2 cawan susu pekat manis. ( separuh tin susu )
2 sudu air
1/2 cawan kacang walnut ( boleh guna almond, gajus jika mahu )
1 sudu teh esen vanilla.

Cara-caranya :

1. Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air.

2. Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit. Kemudian keluarkan dan gaul. Boleh jugak gunakan kaedah double boil.

3. Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave selama 1-2 minit dan gaulkan kembali.

4. Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul.

5. Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan adunan dan buat bentuk segi empat tepat 9″x6″ atau gunakan sudu untuk membuat bentuk kesukaan.

6. Biarkan adunan hingga sejuk. Potong dan hidangkan semasa minum petang.

Selamat mencuba resepi yang amat ringkas dan mudah ni... lepas baca sudi2lah klik iklan yang ade di blog kasutmerahmama ye.. TQ uols..kepada yang tak follow lagi blog kasutmerahmama, cepat2lah follow ye sebab ada banyak lagi resepi yang kasutmerah akan kongsikan bersama dengan anda semua dan pastinya resepi kasutmerah cepat dan ringkas tapi sedap..

No comments:

Post a Comment