Jom Klik-Klik

Wednesday, July 2, 2014

Gempar jasad bayi terapung di parit


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Geram..!!!! tu je yang kasutmerah dapat ucapkan bila terbaca pasal jasad bayi terapung di parit.. eh haiwan pun sayang anak tau tak.. kalau tak sayang anak tu janganlah main campak2 dalam parit. Manusia sekarang makin hilang sifat kasih dan sayang.. hingga sanggup buang anak sendiri.. apa punya jenis manusia sanggup buang bayi nih.. sentap betul kasutmerah bila ada manusia buang bayi nih.. 

Bagan Serai: Penduduk kampung berhampiran Parit J, Jalan Matang Buluh, di sini, gempar berikutan penemuan jasad bayi cukup sifat ditemui terapung di dalam parit berhampiran sebuah sekolah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, mayat bayi itu dijumpai orang ramai yang menggunakan jambatan berdekatan kawasan itu.

Saksi kejadian Mohd Salihin Rahman, 35, berkata, ketika melalui jambatan itu, dia hairan melihat orang ramai berkumpul di tepi jambatan sambil menyaksikan sesuatu yang terapung di dalam parit.
Menurutnya, dia pada mulanya menyangka terdapat mangsa terjatuh ke dalam parit berkenaan namun terkejut apabila mendapati objek terapung yang disaksikan orang ramai adalah jasad seorang bayi.

“Dianggarkan bayi berkenaan baru berusia beberapa hari berdasarkan keadaan ditemui. Sungguh keji perbuatan manusia sanggup mencampakkan bayi tidak berdosa itu ke dalam parit.

“Kalau tidak mahu menjaga bayi itu sekalipun, janganlah buat sedemikian kerana haiwan pun sayangkan anak, inikan pula manusia,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Salihin berkata, dia begitu terkilan dengan sikap individu tidak berperikemanusiaan itu kerana dikala umat Islam menyambut puasa masih ada lagi yang sanggup melakukan perbuatan sedemikian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak. salam ramadhan. Masyallah.. keji betul org buang anak ni.. sedih sheila baca kak... terkenang anak kat rumah pengasuh T______T"

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sheila.. sedih tau bila baca orang buang anak mcm nih.. tak boleh diterima akal orang sanggup buang bayi yang kecil.. :(

      Delete