Jom Klik-Klik

Wednesday, July 2, 2014

Felixia Yeap Umum Nama Islam

Felixia Yeap masuk islam
Felixia Yeap
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Siapa tak kenal Felixia Yeap nih.. rasanya ramai yang kenal personaliti nih.. oohh sebelum tu ni bukan kisah gosip artis di bulan ramadhan ye..jangan silap ye..jangan buruk sangka..kurang pulak pahala puasa nanti..hehehe.. 
rasanya ni lah artis pertama yang kasutmerah upkan dalam blog nih...kalau nak tahu Felixia Yeap pernah berlakon dalam Telemovie yang bertajuk 'nikah kita bercinta' yang telah disiarkan pada 27 februari lepas di astro ria. Turut membintangi telemovie arahan Azmir Affandi ini termasuklah Azlee Khairi, Indah AF2013, Taiyuddin Bakar dan beberapa lagi artis berbakat lain. 
Sebelum tu ramai yang sudah tahu Felixia Yeap ni akan memeluk islam pada tarikh yang telah dipilih oleh beliau sendiri.. hhmm, pada pendapat 2sen kasutmerah nih..Alhamdulillah beliau memilih untuk memeluk islam tapi yang tak syoknya kasutmerah nak highlight kat sini tak perlulah di hebohkan sangat sehingga nampak macam nak raih publisiti pulak dan biarlah ikhlas. 
Sedangkan ramai lagi saudara baru tapi takdelah pulak heboh sekampung. hmm..apa2 pun terpulang pada diri sendiri dan yang menilai.. meh sambung baca ye..
Model dan personaliti media, Felixia Yeap menafikan dakwaan bahawa dia telah mengumumkan nama Islamnya. Menurutnya, dia hanya mendedahkan nama akhir yang bakal dipilihnya iaitu “Rania” melalui sebuah program televisyen tempatan baru-baru ini.
“Saya tahu kalian semua tidak sabar menunggu nama Islam saya diumumkan. Sepertimana yang dijanjikan, saya sendiri akan mengumumkan nama Islam saya selepas saya mengucap syahadah nanti dan bila waktunya telah tiba, iaitu pada atau selepas 3 Julai (5 Ramadan),” jelasnya.
Dalam pada itu, Felixia juga sempat membidas khabar angin yang menyebarkan spekulasi berkenaan dengan pemilihan nama Islamnya.
“Buat masa sekarang, saya menyeru agar anda semua jangan percaya pada mana-mana sumber media yang sengaja membuat cerita tentang nama saya bagi melariskan atau mempopularkan berita mereka. Bulan Ramadan ni, nak mengaut untung dan jual berita pun buatlah dengan halal,” katanya lagi.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, bertambah saudara kita... Nurul... nanti Farah e-mail...seriously sangat2 busy minggu ni... uhukss bila mana tak busynya kann???

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey farah no problem.. hehehe kalau dah namanya mommies mana yang tak bz..

      Delete