Jom Klik-Klik

Monday, May 5, 2014

Tangan Budak 4 Tahun Tersepit Eskalator



Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun nyaris 'hilang' tangan kanan selepas tersepit hampir 30 minit pada pemegang eskalator di pasar raya di Jalan Reko, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, mangsa dipercayai menyentuh pada bahagian pemegang tangga bergerak itu sebelum tangganya terheret ke bawah dan tersepit.

Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghentikan pergerakan eskalator itu selain cuba mengeluarkan tangan kanan-kanak terbabit

Bagaimanapun usaha itu gagal menyebabkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dipanggil untuk membantu mangsa.

Ketua Operasi Pegawai Kanan II Mohd Nasir Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.56 petang sebelum mengerahkan sembilan anggota bomba dan dua jentera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, tangan kanak-kanak lelaki terbabit didapati masih tersepit pada pemegang eskalator dan pihak bomba terpaksa menggunakan alat hiraulik untuk melonggarkan eskalator itu.

"Bagaimanapun tindakan itu gagal, memaksa anggota bomba melakukannya secara manual untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak itu."

sumber;Metro

Ya Allah, kesian tengok muka budak tu..minta di jauhilah perkara macam ni terjadi kat anak2 kita.. untuk peringatan diri dan kawan2..awasilah anak2 bila kat eskalator ni.. kat mana2 pun sama, mana2 anak yang aktif ni kena lebih bagi perhatian.. kita takut macam2 boleh terjadi.. dan boleh terjadi kat mana2 pun.. 

No comments:

Post a Comment