Jom Klik-Klik

Wednesday, April 30, 2014

CPUV Pertama

Alhamdulillah, finally di beri peluang untuk merasa CPUV pertama 
dari pihak nuffnang seperti blogger yang lain harap ad ni lama kat blog kasutmerah ye..dan kepada yang sudi singgah ke blog kasutmerah ni tolonglah support mana2 iklan yang muncul kat blog kasutmerah ni ye.. dan kepada pihak nuffnang thanks kerana bagi peluang untuk merasa CPUV nih..
thank you, thank you dan thank you..hehehe

Oh ye..dah 2 hari kasutmerah tak hupdate blog ni.. sebabnya adalah kerana internet sembab dan lembab cam sipot sempot..sabor je lah heh...

Hari ni nak cite pasal Tanggungjawab.. 
semua orang tahu dengan kata keramat ini.. ye kita memang  di galakkan berusaha 
selagi daya.. dalam kita berusaha dalam kerjaya kita jangan lah sampai tanggungjawab lain terabai.. Kasutmerah ada sorang bos yang kasutmerah amat kagumi dari segi dia bekerja  (ni bukan nak bodek sakan bos okey) dan cara dia menangani kerja sebagai seorang bos/ pekerja / isteri / ibu dan anak.. 
bukannya senang ye dalam kita kerja dengan tugas di ofis dan bila 
balik dari ofis kerja di rumah pula sudah menunggu.. 
hebatnya kaum wanita ye hehehe.. 

 Memang di ofis tanggungjawab bermula bila kita 
punch card pagi dan berakhir bila punch card petang.. balik dari kerja pula 
tanggungjawab seorang isteri dan ibu pun bermula..macam kasutmerah balik je dari kerja dah 
fikir dah masak untuk makan malam (tiap hari memasak untuk makan malam ye), lepas masak kemas pulak anak kembar , lepas tu bagi anak2 makan , bagi anak tido, kemas dapur, lepastu kemas beg sekolah, kemas baju sekolah anak2 untuk esok.. dan macam2 lagilah benda nak di buat..sempat2 mandi dan solat je.. perggghhh SUPERMAK dah jadinya..

Tapi penat lelah seharian akan hilang bila kita dapat bersama 
keluarga dan melihat2 anak2 gembira kat rumah.. biasalah kadang2 ada jugak time 
bila penat sangat muka pun kelat jugak kat dapur.. takpe yang penting tanggungjawab kena buat..
Biarlah Allah yang membalasnya.. :) 

4 comments:

  1. Replies
    1. betul tu farah..proud and respect kpd kaum wanita..hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, alhamdullilah. murah rezeki akak. hihiiii. bangga dengor akak ni macam supermak. serba boleh kan.. tak lama lagi sheila bakal ikut jejak akak juga. In shaa Allah ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sheila..harus jadi supermak ni... mental dan fizikal kena kuat.. tau..hehhe thanks sudi singgah blog akak yg tak seberapa ni..

      Delete