Jom Klik-Klik

Wednesday, May 21, 2014

kasutmerah : Mengantuk

Mengantuk

Salam kepada pembaca, hehehe hari ni baru ada mood nak menaip di blogku ini..  
2 3 hari ni kasutmerah serabut sikit, eh silap serabut banyak kat ofis... huhuuhu.. dan la ni baru lah boleh bernafas lega sikit kat ofis ni jugak.. huk huk.. nasib baik tak bersawang blog ni.. okey arini nak cerita 
pasal mengantuk sebab kasutmerah hari ni mengantukkkkkk lah sangat wei.... semalam anak kembar bukan main rancak terjaga nak susu.. lepas sorang sorang plak bangun..lepas sorang sorang pulak..
eh dah macam maraton buat susu plak dah semalam... tapi xpe yang penting kasutmerah sayang sangat 
kat baby kembar tu.. mummy will do everything for both of you..muahhh... berbalik kepada 
topik yang nak kasutmerah nak bagi tahu ni ....mengantuk ni kalau nak 
tahu boleh membawa kepada gangguan kesihatan..
haaaaaa kalau nak tahu .......
mehhh baca sampai habis artikel ni..
SERING mengantuk pada waktu siang dikaitkan dengan gangguan kesihatan yang mampu meningkatkan risiko serangan jantung dan strok khususnya dalam kalangan wanita.
Menurut data penyelidikan, para penyelidik menghubungkan rasa mengantuk pada siang hari dengan penyakit kardiovaskular.
"Tidur yang kurang, bekerja secara syif dan berdengkur ketika tidur adalah antara punca seseorang mudah mengantuk pada waktu siang. Gangguan berkenaan menyumbang kepada risiko strok dan penyakit jantung," kata ketua penyelidik, James E. Gangwisch.
Penyelidikan tersebut dijalankan ke atas 84,000 wanita di Amerika Syarikat yang mengikuti Kajian Kesihatan Kejururawatan II antara tahun 2001 hingga 2009.
Dalam kajian itu, penyelidik memantau perkembangan responden termasuk penggunaan aspirin, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi setiap dua tahun sekali sehingga tahun 2009.
Pada akhir ujian, seramai 500 wanita didiagnosis dengan penyakit jantung dan strok.
"Sebanyak 5 peratus wanita yang sering mengadu mengantuk berisiko lima kali ganda lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung berbanding mereka yang tidak berasa mengantuk.
"Mereka juga cenderung menjadi murung, mengalami gangguan tidur, menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan mempunyai paras kolesterol yang tinggi," jelas Gangwisch.


1 comment: