Jom Klik-Klik

Friday, May 9, 2014

Selamat hari Ibu

Sambutan hari ibu....sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa
Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut, sebaiknya lakukan perkara seperti berikut:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya


Ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam

Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang bermaksud hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian
Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka
Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars
Selebihnya, kasutmerah memang tidak layak untuk menghuraikan mengenai hukum sambutan Hari Ibu
Terpulang kepada anda hendak sambut atau tidak. Jika mahu meraikannya hendaklah berlandaskan dengan Ilmu jangan main ikut sahaja apa orang lain buat...

Apa2 pun bagi kasutmerah tiap2 hari kita boleh meraikan hari ibu dengan mengembirakan ibu, doakan kebaikan kepada ibu dan banyak lagi..tak payah tunggu tarikh hari ibu..
kepada ibu, terima kasih kerana menjagaku..terima kasih di atas kasih sayang mu, terima kasih atas pengorbananmu... hanya Allah yang mampu membalas jasamu..


1 comment:

  1. Assalammualaikum..KM,

    selamat menyambut hari ibu.. sedunia. Ibu adalah ratu hatiku...

    mselim3

    ReplyDelete