Jom Klik-Klik

Thursday, May 15, 2014

Peminat Kaki Wayang 2014 Part I


Salam semua tak terlambat rasanya untuk mengupdate movie yang telah dan akan di tanyangkan untuk
tahun 2014 nih.. sebab ni kasutmerah ada beberapa movie yang kasutmerah tunggu nak tengok..hehehe.. kepada pembaca lain pulak di sini kasutmerah akan  letak date bila movie akan ditayangkan so boleh lah kita setkan masa tengok tu nanti bersama keluarga sebab ada jugak cerita kartun untuk kanak2 ye...
so lets check it out..pergghhh...


 I' Frankenstein
Release Date: February 12, 2014

  Dapat bayangkan Franskentin yang dahulunya digambarkan seperti seseorang yang menakutkan dengan kesan jahitan di seluruh badan dan muka. Itu dahulu, sekarang dalam filem I Frankenstein 2014, tidak lagi bilamana Franskentein sekarang lebih sempurna.

 ROBOCOP
Release Date: February 12, 2014


Bagi penggemar filem di awal 80-an pasti kenal dengan Robocop, tokoh polis yang sebahagian dari tubuhnya adalah robot. Filem RoboCop dibintangi oleh Samuel Jackson, Gary Oldman, dan Michael Keaton.

300: RISE OF AN EMPIRE
Release Date: March 7, 2014




Sambutan yang memberangsangkan dari filem 300 perjuangan tentara Sparta akhirnya membuat Zack Snyder membuat sequel bagi siri tersebut. Dalam filem ini juga akan diceritakan tentang latar belakang Xerxes, raja kejam yang menyerang Sparta.

DIVERGENT
Release Date: 21 Mac 2014



Film ini dikatakan sebagai The Hunger Games yang seterusnya, karana sama-sama diangkat dari novel. Filem genre fiction ini menampilkan bintang muda Shailene Woodley dan Theo James sebagai bintang utama.

NOAH
Release Date: March 28, 2014



Film epic bertema religion yang dibintangi Russell Crowe ini, bercerita tentang kisah Nabi Nuh bersama kapal yang dibangunnya untuk menyelamatkan hidupan dari air bah.

NEED FOR SPEED
Release Date : 14 Mac 2014
 
Segar dari penjara, pelumba jalanan yang telah dirangka oleh rakan perniagaan kaya menyertai perlumbaan merentas negara dengan membalas dendam di fikiran. Bekas rakan kongsi, pembelajaran rancangan-Nya, meletakkan limpah kurnia besar ke atas kepalanya sebagai bangsa yang bermula.
CAPTAIN AMERICA: THE WINTER SOLDIER
Release Date: April 4, 2014

Kisah Captain America, salah satu superhero dari komik Marvel, kembali diceritakan di sequel bertajuk The Winter Soldier. Dalam filem ini, Captain America (Chris Evans) akan bekerjasama dengan agen S.H.I.E.L.D menentang musuh yang tak terduga.

TRANSCENDENCE
Release Date: April 18, 2014 
 

Rindu dengan lakonan dan aksi Johnny Depp? Pastinya filem Transcendence mengubat kerinduan itu.

Film fiction ilmiah bergenre thriller ini mengisahkan seorang ilmuwan yang menciptakan mesin dengan kecerdasan dan emosi manusia. Filem ini dibintangi Johnny Depp, Paul Bettany, Rebecca Hall, Cillian Murphy, dan Morgan Freeman.
THE AMAZING SPIDER-MAN 2
Release Date: May 2, 2014
  



Filem ini merupakan filem sekuel kepada ‘The Amazing Spider-Man’ terbitan tahun 2012. Masih mengekalkan Andrew Garfield dan Emma Stone selaku teraju utama, filem ini sekali lagi mendapat sentuhan daripada sutradara terkemuka Marc Webb. Pastinya peminat siri filem Spider-Man tertunggu-tunggu apakah sambungan cerita yang dipaparkan dalam filem ini. Berlainan dengan filem sebelum ini, filem ini menjalani penggambaran secara sepenuhnya di kota New York. Pihak penerbit filem ini juga telah mengesahkan yang akan ada dua lagi kesinambungan daripada filem ini.
GODZILLA
Release Date: May 16, 2014

Meskipun filem Godzilla sudah beberapa kali dibuat, filem ini khabarnya akan lebih menekankan dan lebih banyak menggunakan teknologi baru seiring dengan perkembangan teknologi sekarang. Filem ini dibintangi Aaron Taylor Johnson dan Elizabeth Olsen.


X-MEN: DAYS OF FUTURE PAST
Release Date: May 23, 2014

Diarahkan oleh Bryan Singer, filem ini merupakan filem ketujuh daripada siri filem ‘X-Men’. Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin dan ramai lagi. Selepas 10 tahun, Bryan kembali menggalas tugas sebagai pengarah filem ini.
Sebelum ini, Bryan pernah mengarahkan dua filem daripada siri ‘X-Men’ iaitu filem ‘X-Men’ pada tahun 2000 dan ‘X2’ yang diterbitkan pada tahun 2003. Filem ini merupakan sekuel kepada filem terbitan tahun 2006, X-Men: The Last Stand and filem tahun 2011, X-Men: First Class. Filem ini juga berkesinambungan daripada filem terbitan tahun 2013, The Wolverine. Semestinya peminat siri filem ‘X-Men’ tidak sabar menantikan filem ini!

....bersambung nanti untuk Part II plak....



 

2 comments: