Pemandangan pada waktu malam di Kuching
Pasar Tani Gita (dulu dikenali Pasar Satok)
Salam hari ni nak cerita tempat asal saya.. huhuhu baru nak cerita ye...
okeeyyy..hehehe.. saya berasal dari Negeri yang di kenali bumi kenyalang..iaitu Sarawak. Tempat lahir di Kuching, tapi kerana tuntutan kerja saya telah berhijrah ke Kuala Lumpur..Insyaallah walau pun telah menetap di bandar yang penuh macam-macam ada... tapi tempat kelahiran tetap di hati...huhuhu.. seperti negeri lain Sarawak juga mempunyai makanan yang melambangkan negeri, seperti:

Makanan kegemaraan saya...menu ni senang je Insyaallah ada masa saya akan tuliskan resepi laksa sarawak ni..tapi nak buat masakan ni kena ada paste dia..hah selalunya saudara mara lah yang tukang kirim kat mama..Kuah dia cuma santan di campur paste laksa sarawak tu.. Bahan2 untuk hiasan atas tu ikut selera sendiri.. hehehe..
Umai ni lebih kurang macam sushi di perbuat daripada ikan fresh.. hehehe...rasanya masam, pedas semuanya terasa dalam menu ni...
Mee ni harus cuba kalau kat Sarawak...Mee yang tersendiri sebab mee dia kalau tak silap kat sarawak je ade.. tak pernah plak cuba guna mee lain..

Manok pansuh/Ayam pansuh
Ayam ni di masak dalam buluh dan rasanya sangat sedap, juga amat mudah untuk buat Insyaallah ada masa saya akan up kan resepi ayam pansuh ni versi Mama KasutMerah hohohoh.... Harus cuba..

Midin ni paling sedap kalau masak belacan, ala masakan dia sama macam kangkung belacan cuma ni midin belacan lagi sedap..tapi kat sini takde plak jumpa midin ni..selalunya kirim kat saudara siapa yang mai kl ni hah tolong lah bawakan midin 2 3 ikat ye...
Last but not least..cehhh speaking London.. Kek Lapis Sarawak ni semua orang dah tauuu....time raya hah meriah warna warni meja di penuhi dan di hiasi kek lapis sarawak nih..Sedap dan kena control sikit makan sebab kek lapis ni selalunya manis.. hehehe
pic: Thanks you google!!
kmk suka mee kolok. duhal ktk org swak. aok swak unik! org semnjg mun nangga makanan umei kita sidak madah eksotik. haha.
ReplyDeleteaok kmk dari kuching, sarawak...yesss mee kolok tetap di hati tapi paling top mee laksa sarawak...
ReplyDelete