Jom Klik-Klik
Monday, April 14, 2014
Mangsa Dera - Ellysha Natasha
Takziah kepada keluarga Ellysha Natasha semoga tenang dirimu di Syurga.. Inilah kisah budak yang kena dera oleh bapa saudaranya sehingga meninggal dunia.. sedih yang hamat hati ku bila aku mengenangkan anakku yang hampir sama umur dan nama Alisya..
KUCHING : Seorang kakitangan Seorang kakitangan sekolah ditahan pada Jumaat berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dipercayai akibat didera sehari sebelum itu, kata Ketua Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.
Beliau berkata suspek berumur 46 tahun itu yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan kanak-kanak itu direman tujuh hari manakala mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat itu dijangka diketahui pada Ahad.
“Jenayah ini amat menyedihkan dan bagi saya ini perbuatan orang tidak siuman. Polis masih menyiasat untuk menentukan sama ada suspek mengambil dadah atau tidak siuman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara PDRM di Padang Merdeka di sini Ahad.
Kejadian itu diketahui pada 9.45 malam Khamis lepas apabila polis menerima laporan tentang kematian mangsa di Hospital Simunjan.
Siasatan awal mendapati ada bekas gigitan pada tubuh kanak-kanak itu serta pendarahan di kemaluannya, menimbulkan syak bahawa kanak-kanak itu mungkin telah didera secara seksual.
Difahamkan mangsa tinggal dengan ibu saudaranya, seorang guru dan bapa saudaranya yang merupakan staf di sebuah sekolah di sini.
Mangsa merupakan murid prasekolah manakala ibunya dikatakan bekerja di Serian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh, kata Muhammad Sabtu.
Berita terkini TV3 kes dera Ellysha Natasha di Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum kak, Masyallah. innalillahiwainlillahirojiun.. kejinya manusia, sanggup dera kanak2 sampai begitu sekali. ni mangsa dera seksual ye kak? sheila tak tengok berita sangat.. so tak update cerita ni.. Sedihnya baca T___________T"
ReplyDeletewsalam sheila, maaflah siapa2 yang baca post akak ni buatkan orang sedih.. tapi akak memang tak boleh tahan kalau orang dera anak2 ni.. luruh rasa jiwa.. kenangkan anak2 masih kecil kat rumah.. siasatan awal katanya ada pendarahan di kemaluan.. :( dan mungkin di dera secara seksual..
ReplyDeletekenapa la ada orang mcm ni...xde perasaan langsung ke??
ReplyDeletepatut orang yang dera budak2 kanak2 baby ni kita dera dia balik biar dia pulak rasa macam mana nya sakit kena dera.. ni bila kes dera je ngaku gila lah mental lah pastu boleh bebas..
ReplyDeletehurm :( budak2 tu... teringat kisah arwah nurin jazlin :(
ReplyDelete