Jom Klik-Klik
Tuesday, April 15, 2014
Mencari Cinta Judika - Kl Live
Pasti ramai yang mengenali Judika Nalon Abadi Sihotang atau Judika, 35.... anak akak yang umur 6 tahun pun tahu lagu si Judika ni..Hebat dari segi vokal dan semestinya rupa parasnya yang ganteng gitu antara faktor anak muda ini diminati ramai (termasuklah akak..heheh...)..Jejaka dari seberang ini yang lahir dari program realiti Indonesian Idol musim kedua ni sememangnya antara penyanyi seberang paling dinantikan kemunculannya di sini.
Seperti yang semua telah sedia maklum Judika telah Mencari Cintanya di Konsert Kl Live telah menarik penonton bersama Mencari Cinta.. Tidak hairanlah kehadiran lebih 1,500 penonton pada konsertnya itu membuktikan Judika tiada masalah menarik pengikutnya dan terus bersamanya hinggalah ke penghujung acara..
Buat yang pertama kali menyaksikan sendiri kehebatanya secara langsung, pasti konsert malam itu memberi kepuasan maksimum. Juga bagi yang pernah menonton konsertnya sebelum ini, sudah tentu tiket dibeli cukup berbaloi.
Antara lagu-lagu hitnya seperti Bukan Dia Tapi Aku, Separuh Nafas, Setengah Mati Merindu dan Mama Papa Larang. Selain itu lagu Magnet dan Apakah Ini Cinta turut di nyanyikan pada malam tersebut. Kemuncaknya, lagu paling di nantikan tentu sekali Aku Yang Tersakiti yang menjadi lagu paling berhantu Judika setakat ini..di harap selepas ini Judika boleh lah pulak buat konsert di tempat yang lebih sesuai maklumlah Judika ni peminat nya ramai dan dari semua peringkat umur.. Sehingga ketemu lagi ya Judika..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment