Jom Klik-Klik

Thursday, April 17, 2014

Pengalaman Berharga





Salam semua..ramai mengaku gelaran sebagai Mama/Mummy/Ibu/Ummi/Emak mengubah banyak perkara dalam hidup kita. Kehidupan baharu yang dinikmati selepas memiliki anak tentu sahaja berbeza semasa masih bujang. Apa yang pasti, kebanyakan wanita yang bergelar ibu mengaku jumlah wang dalam dompet semakin berkurangan, tidur  tidak selena dahulu dan paling ketara tanggungjawab semakin bertambah.Tapi.....
Walaupun ia kedengaran tidak enak (mungkin dalam kalangan wanita bujang) tetapi  hakikatnya para mama berasa seronok dengan tanggungjawab baharu itu biarpun duit dan tidur semakin berkurangan kan. Tetapi sedarkah mama semua, ada banyak lagi perkara yang patut dirai dengan gembira sebaik melahirkan bayi comel.Disini mama senarai kan perkara/pengalaman yang akan kita lalui dan perasaan itu bagi mama amat indah bila bersama dgn bayi....

  1. Anda menemukan kekuatan dalaman yang selama ini tidak pernah disedari.
  1. Anda menerima dengan senang hati jumlah berat badan yang bertambah itu amat berbaloi.
  1. Anda tidak lagi memerlukan jam kerana bayi anda sudah menetapkan jadual harian.
  1. Anda semakin hormat dan sayang akan ibu bapa dengan persepsi yang baru.
  1. Kesakitan yang dialami oleh bayi lebih teruk dirasakan berbanding kesakitan sendiri.
  1. Anda tidak kisah tidur seawal jam 9 pada malam minggu.
  1. Hati anda mudah tersentuh jika ia berkaitan dengan hal bayi.
  1. Anda boleh bercakap banyak apa sahaja jika ia berkaitan bayi walaupun sekadar kisah sebatang gigi.
  1. Anda melihat bayi anda berbanding diri sendiri ketika melihat cermin.
  1. Anda tidak lagi geli dengan apa yang ada pada badan bayi malahan berasa gembira sekiranya anak sudah buang air besar!
  1. Pengorbanan yang dilalui untuk menjadi ibu bukan lagi masalah utama. Anda semakin menghargai  apa yang dimiliki.
  1. Anda menyedari yang selimut bayi mempunyai kuasa magisnya sendiri!
  1. Anda boleh memberi pendapat kepada ibu bapa lain tentang punca anak mereka menangis berbanding jika dahulu anda seolah-olah hendak menyuruh ibu bapa tersebut mendiamkan anaknya daripada menangis.

  1. Anda tidak kisah terlambat asalkan dapat memeluk dan mencium si comel sebelum ke tempat kerja.
  1. Anda sedar bahawa ia bukan mustahil untuk menyayangi bayi yang tidak dikenali sebelum ini.
  1. Anda merasakan waktu mandi adalah waktu paling berharga.
  1. Anda tidak segan lagi untuk menegur jiran di kawasan rumah, kerana sudah mendukung bayi sendiri.
  1. Anda baru menyedari jika dulu sesuatu perkara remeh yang dirasakan penting kini tidak lagi bermakna. Contohnya masa untuk ke salon atau menonton wayang.
  1. Anda semakin kerap membeli barangan untuk bayi berbanding barang diri sendiri.
  1. Setiap hari adalah hari istimewa dan memeranjatkan buat anda!

7 comments:

  1. lebih gembira, hidup lebih bermakna dan sayang Ash ketat2...

    ReplyDelete
  2. betul hidup lebih bermakna dengan adanya anak2.. :) thanks farah sudi blog akak..

    ReplyDelete
  3. hem...bestnya..memang itu satu pengalaman yang berharga bagi seorang perempuan kan..tambah2 lg yang bergelar ibu..hihi..hani belum lg...teringin juga untuk merasai pengalaman itu.tp blum..blum lg..tunggu..hihi

    ReplyDelete
  4. salam hani.. insyaAllah hani akan merasai peluang itu jugak nanti.. pengalaman yang tak kan dapat di ganti dengan apa2.. :)

    ReplyDelete
  5. membalas kunjungan....done follow u #5

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, bestnya! Allahuakbar, tak sabar nak rasai pengalaman berharga ni. singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum....KM,

    kasih ibu kepada anaknya memang tiada terbanding... sakit anak adalah 'sakit' bagi ibu. Segala kasih ibu itu terhimpun dalam 'anak' yang disayangi. Kasih ibu membawa kesyurga..

    mselim3

    pls: visit kembali dan follow blog nie..

    ReplyDelete